1.1
PENGENALAN
1.2 PENYATA MASALAH
Tajuk: Sumber Alernatif Perlu Dicari
sumber air bawah tanah, bagi memastikan bekalan air negara terus
mencukupi. Ketua Program Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Wardah Tahir, berkata pembangunan sumber air bawah tanah lebih
menjimatkan, berbanding pembinaan empangan baru. Malah, katanya, pembinaan empangan juga boleh mencemarkan alam sekitar dan eko sistem sungai.
"Kerajaan boleh mengambil pengalaman negara lain untuk meneroka sumber
air bawah tanah dalam usaha menambah bekalan air berikutan pertambahan
penggunaan air setiap tahun," katanya pada Seminar Air Anugerah Tuhan.
Malaysia, katanya, juga boleh mengambil teknologi penerokaan sumber air
alternatif yang dilaksanakan negara lain seperti Projek Great Man-Made
River di Libya.
Selain itu, katanya, Malaysia
boleh mencuba teknologi penyahmasinan air laut untuk menambah sumber air
negara. Katanya, penyahmasinan air laut dapat mengurangkan pergantungan kepada
air semula jadi, manakala kualitinya lebih baik dan bekalannya pula berterusan,
terutama pada musim kemarau. Wardah berkata, penuaian air hujan juga adalah
satu lagi teknologi baru yang boleh digunakan untuk menambah bekalan air.
Katanya, penuaian air hujan penting untuk membekalkan air untuk kegunaan rumah
dan pertanian, malah kualiti airnya lebih baik kerana bebas daripada
kandungan garam galian dan mineral.
kandungan garam galian dan mineral.
(sumber berita
harian-17/7/02)
Laporan Parlimen Kesebelas - 28 April 2005
Ir. Shaari bin Hassan
[Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Usul menangguh mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Dengan ini diberi
notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan
untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai
dan perlu disegerakan. Saya Ir. Shaari b. Hassan Ahli Parlimen Tanah Merah
memohon mencadangkan bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi
membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan satu isu bekalan air bersih,
ketiadaan air yang meruncing di negeri Kelantan khususnya di kawasan luar
bandar yang mengakibatkan penyakit yang berbahaya oleh kerana air yang tidak
bersih.
Masalah ini juga boleh mengakibatkan kesusahan kepada keseluruhan
rakyat negeri Kelantan seperti pelajar sekolah dan rakyat amnya. Isu ini sangat
perlu diambil perhatian tindakan segera oleh kerajaan kerana masalah ini juga
boleh mengakibatkan pelbagai penyakit yang berpunca dari penggunaan air yang
tidak bersih seperti penyakit demam kepialu, taun dan lain-lain lagi yang boleh
membawa maut. Berdasarkan dari penyataan di atas saya merasakan usul ini amat
penting untuk di bahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Saya yang mencadangkan,
terima kasih.
Sekian.
Selama ini air dianggap sebagai komponen yang terpisah
daripada alam sekitar sehingga menimbulkan banyak masalah dan halangan dari
segi pengurusan air.
Air sungai misalnya dianggap sebagai sumber alam untuk kegunaan pengairan dan sumber air mentah bagi loji pemprosesan air bersih. Oleh itu ia dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Sementara itu kualiti air sungai pula diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar, manakala pemprosesan air bersih untuk kegunaan awam dan industri pula merupakan bidang kuasa Jabatan Bekalan Air.
Air sungai misalnya dianggap sebagai sumber alam untuk kegunaan pengairan dan sumber air mentah bagi loji pemprosesan air bersih. Oleh itu ia dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Sementara itu kualiti air sungai pula diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar, manakala pemprosesan air bersih untuk kegunaan awam dan industri pula merupakan bidang kuasa Jabatan Bekalan Air.
Kepelbagaian bidang kuasa ini adalah antara fakor yang
merumitkan pengurusan air secara terancang. Maka penyelarasan yang tersusun
perlu dilaksanakan secara berpusat. Selain itu, negeri-negeri yang kurang
mempunyai sumber air sering menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan
pengguna sehingga mengakibatkan krisis air, seperti yang pernah berlaku di
negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor beberapa tahun lalu.
Pengurusan air di bawah program penswastaan dan perbadanan
yang dilaksanakan oleh negeri-negeri masih menerima banyak rungutan dan tidak
memuaskan pengguna, sama ada dari segi mutu perkhidmatan, kualiti air serta
kadar caj yang dikenakan.
1.2.4 Minda Lestari: Kaedah sesuai urus kualiti
sungai mesti dicari
Bersama Prof Dr Zaini Ujang (Berita Harian 4 April 2007)
1.2.5 Isu berkaitan penguatkuasaan
turut hangat dibincangkan.
Perdana
Menteri mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan program pengurusan
lembangan sungai bersepadu membabitkan semua agensi dan negeri bagi memastikan
sumber air mentah utama negara itu tidak tercemar. Pembanterasan pencemaran
sungai, katanya memerlukan tindakan berterusan jangka pendek dan panjang, iaitu
membabitkan aspek penyediaan infrastruktur, perundangan dan pendidikan.
Beliau
turut mengarahkan Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil tindakan segera
menghentikan pelepasan air sisa, sampah atau sisa industri ke sungai
berhampiran. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir
Toyo dilaporkan pada 31 Mac lalu bahawa syarikat pembetungan nasional, Indah
Water Konsortium (IWK) adalah penyebab utama pencemaran sungai di Selangor.
Pendedahan itu dibuat, seperti laporan sebuah akhbar tempatan, selepas syarikat
terbabit didapati gagal menyediakan perkhidmatan terbaik ekoran pencemaran
kandungan ammonia dan najis berlaku di beberapa sungai di Selangor. Penyebab
lain pencemaran ialah pelepasan air buangan daripada sektor pembinaan, kilang
dan industri, khususnya membabitkan di bahagian hilir sungai.
Isu pertama membabitkan 23 bahan cemar yang dikenal pasti
sejak 1970-an. Persoalan timbul apakah ada lagi bahan cemar yang perlu
disenaraikan seperti bahan kimia merosakkan endorkin (EDC), sebatian nitrogen,
sebatian fosforus dan ammonia yang mengurangkan kandungan oksigen dalam sungai?
Dari segi perundangan, IWK tidak boleh dipersalahkan jika kandungan ammonia
tinggi dilepaskan ke sungai kerana tidak diperlukan dalam Peraturan Alam
Sekeliling 1979. Hal ini boleh dan mudah diperbetulkan jika peraturan berkenaan
dipinda dengan memasukkan bahan cemar baru. Timbul persoalan, apakah kerajaan
mempunyai biaya yang diperlukan untuk meningkatkan keupayaan loji sedia ada?
Selain itu, pada hemat saya, inisiatif dan kaedah baru perlu
dimulakan untuk menguruskan kualiti air sungai dalam konteks kawalan punca
pencemaran. Ketika ini kaedah yang diguna pakai dikenali sebagai pematuhan
kualiti efluen yang standard (sama ada A atau B). Kaedah ini sesuai jika aliran
sesebuah sungai besar dan panjang. Kenyataannya, kebanyakan sungai di Malaysia
bersaiz kecil dan pendek. Dalam hal ini kaedah yang lebih sesuai dikenali
sebagai penetapan muatan sisa secara terancang (waste load allocation), iaitu
kandungan efluen loji ditetapkan berdasarkan kepada kemampuan sesebuah
ekosistem sungai untuk menerima kandungan bahan cemar bagi mengekalkan kualiti
air sungai yang diperlukan. Sebagai contoh jika air sungai berkenaan memerlukan
amonia disingkirkan sehingga ke tahap 0.5 mg/l, maka loji rawatan air sisa
perlu direka bentuk mencapai tahap itu.
Penulis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
1.3 OBJEKTIF KAJIAN:
1.
Mengenal pasti cara pemprosesan
rawatan air mentah yang dijalankan di kawasan kajian kes.
2.
Mengenal pasti
peralatan-peralatan yang terdapat dalam setiap proses rawatan.
3.
Mengenal pasti kualiti air
sebelum dan selepas dirawat.
1.4
SKOP KAJIAN:
2.
Mengenal pasti kaedah baru yang
digunakan dalam proses rawatan air.
3.
Memastikan supaya terlaksananya
SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)
4.
Mengenal pasti tanggungjawab
syarikat dalam berurusan dengn bekalan air supaya memenuhi parameter-parameter
yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Skop yang kami tetapkan ini akan memastikan
projek ini dilaksanakan dengan teratur
dan yang paling penting dapat mencapai objektif kajian.