Thursday 28 August 2014

Sambg...KAJIAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM KALANGAN PELAJAR SEMASA MENJALANKAN AMALI DI BENGKEL PAIP POLITEKNIK KOTA BHARU




METODOLOGI



3.1       Pendahuluan

Dalam bab ini, beberapa penentuan dalam usaha menjayakan kajian projek ini akan diambil kira atau di bincangkan iaitu perancangan awalan, mengumpul maklumat, proses pengumpulan data, menganalisis data yang diperolehi dan akhirnya adalah membuat keputusan, rumusan dan perbincangan. Selain itu, cadangan yang bernas boleh di ketengahkan berkaitan tajuk yang di kaji. Bahagian ini penting bagi memastikan kajian yang dilakukan ini berjalan dengan lancar. Proses dalam perancangan yang betul dan sistematik akan membantu kami menghasilkan laporan yang lengkap, kemas, sempurna serta mudah untuk difahami sserta dibaca oleh pihak yang menilai.

 Sebelum kami memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan projek semester akhir, kami telah merancangkan kerja-kerja yang sepatut kami lakukan bermula dari minggu kedua lagi sehinggalah hari perbentangan projek kami. Dengan adanya perbincangan diantara ahli kumpulan, satu jadual perancangan telah dihasilkan. Jadual perancangan ini sangat penting bagi memastikan segala kerja yang dilaksanakan disempurnakan dalam tempoh jangka masa yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat mengelakkan masalah kelewatan kerja atau kegagalan untuk menyiapkan projek dalam tempoh masa yang telah diberikan.

            Perlaksanaan projek ini dijalankan secara berkumpulan, di mana setiap ahli dalam kumplan berperanan untuk melakukan setiap tugas masing-masing untuk menyiapkan projek ini. Oleh yang demikian, segala perkara yang dibincangkan dalam bab ini adalah perihal-perihal yang berkaitan dengan perbincangan untuk mendapatkan  penjelasan bagi mengenalpasti skop kajian, objektif  kajian, lokasi kajian, data yang diperlukan  dan metodologi untuk menjalankan kajian. Keratan-keratan akhbar dan maklumat dalam internet juga membantu dalam sedikit sebanyak dalam membuat kajian ini.

Penentuan lokasi kajian adalah penting sebelum sesuatu kajian dapat dijalankan. Pemilihan lokasi ditentukan agar keputusan yang akan diperolehi mencapai objektif sebenar. Tinjauan ini dilakukan  di kawasan yang melibatkan dalam sebarang kerja yang berisiko, maka kita akan memperolehi data kajian dengan lebih tepat. Di dalam kajian ini juga, golongan sasaran terdiri daripada semua peringkat.

Kaedah yang digunakan merangkumi perkara-perkara berikut:

        i.            Mengumpul Maklumat
      ii.            Pemilihan Tajuk Projek
    iii.            Perancangan Awal
     iv.            Pemantauan Atau Tinjauan
       v.            Pengumpulan Data
     vi.            Menganalisis  Data
   vii.            Keputusan, Rumusan Dan Perbincangan


 

ANALISIS DAN KEPUTUSAN



4.1       Pengenalan

Kandungan dalam bab ini merangkumi penjelasan secara terperinci tentang pengumpulan dan juga analisis data. Kaedah analisis terhadap segala data yang diperoleh daripada soal selidik iaitu pengumpulan data juga dijelaskan. Data-data akan dianalisa dan keputusannya akan ditunjukkan melalui carta pai, histogram,  jadual dan sebagainya.
 
4.2       Pengumpulan Data

Pengumpulan data iaitu kaedah kajian yang dijalankan merujuk kepada hasil soal selidik dan temuduga. Kedua-dua kaedah tersebut telah dikenalpasti bertujuanmendapatkan segala data dan maklumat berhubung dengan objektif kajian. 

Kaedah Soal Selidik (Questionnaire Survey)

Kaedah ini bertujuan mendapatkan maklumat terhadap aspek keselamatan yang lazimnyadiamalkan oleh pelajar politeknik dalam bengkel merujuk kepada penggunaan alatan dan mesin. Terdapat tiga objektifdikenalpasti antaranya ialah :-

1.       Mengenalpasti kepatuhan pelajar terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel semasa menjalankan amali di bengkel paip Jabatan Kejuruteraan Aawam Politeknik Kota Bharu.
2.       Mengenalpasti amalan peraturan keselamatan bengkel darisegi prosedur penggunaan mesin di bengkel semasa pelajar menggunakan mesin di bengkel.
3.       Mengenalpasti amalan keselamatan darisegi papan tanda keselamatan dan kebersihan dipersekitaran bengkel bagi menjamin keselamatan pelajar dan pensyarah di bengkel.
 

Rekabentuk Borang Soal Selidik

Soal selidik yang berkaitan dengan objektif kajian direkabentuk berdasarkankepada maklumat yang diperolehi daripada literatur dan juga pengalaman lepas.Bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pihak responden hanyalah berupa soalan objektif. Ini bagi memudahkan pihak responden menjawab di samping pemahaman terhadap soalan tersebut dan masa yang diperlukan bagi menjawab segala soalan yang dinyatakan. Sasaran responden ditumpukan kepada pelajar kejuruteraan awam PKB yang melakukan amali di dalam bengkel paip PKB.

Soal selidik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.  Bahagian A merujuk kepada keselamatan dan keesihatan (umum). Yang menerangkan tentang keadaan didalam bengkel paip itu selamat digunakan atau tidak oleh pelajar. Manakala bahagian B merangkumi peraturan keselamatan di dalam bengkel. Yang banyak menerangkan tentang peraturan yang ada di dalam bengkel paip PKB. Bahagian C pula menerangkan tentang penggunaan mesin dan alatan di dalam bengkel. Soal selidik boleh dirujuk di ruangan lampiran.

Skala likert yang digunakan mempunyai lima skala pilihan jawapan iaitu“Sangat Tidak Setuju ”, “Tidak Setuju ”, “Tidak Pasti ”, “Setuju ”, dan “ Sangat Setuju ”. Setiap item tersebut mempunyai skor seperti mana yang telah ditetapkan dalam Jadual 4.1.


PERNYATAAN
SKOR
SANGAT TIDAK SETUJU
1
TIDAK SETUJU
2
TIDAK PASTI
3
SETUJU
4
SANGAT SETUJU
5

Jadual 4.1 Skor

4.3       Kaedah Analisis Data

Data  Likert Scale yang deperolehi dari pengumpulan data hasil soal selidik
akan dianalisis dengan menggunakan kaedah indeks relatif (RI) iaitu berdasarkan
formula berikut :
 


4.4       Analisis Data

Analisis data akan dilakukan terhadap soal selidik yang dibalas oleh responden dan kemudian dikumpul megikut soalan bagi memudahkan proses menganalisis. Data skala likert yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan indeks relatif (RI). Hasil kiraan nilai indeks relatif akan terletak antara nilai 0.2 hingga 1.0. Lingkungan nilai indeks relatif ini dibahagikan kepada lima tahap dengan setiap tahap mempunyai pecahan lingkungan nilai masing-masing.  Lingkungan nilai indeks relatif boleh dilihat berdasarkan Rajah  4.1 di bawah.



Tidak Memuaskan
Kurang Memuaskan
Sederhana Memuaskan
Memuaskan
Paling Memuaskan





0        1.5                        2.5                       3.5                       4.5                   5.0

Rajah 4.1: Lingkungan nilai Indeks Relatif


4.5       Keputusan 

Analisis data bagi setiap soalan daripada soal selidik yang dibalas oleh pihak responden akan dilakukan dalam bahagian berikut dan keputusannya akan ditunjukkan melalui gambarajah graf bar, jadual dan sebagainya.
Kategori Status
5= “PALING MEMUASKAN”
4.50 ≤ PURATA INDEKS ≥ 5.00
4= “MEMUASKAN”
3.50 ≤ PURATA INDEKS ≥ 4.50
3= “SEDERHANA MEMUASKAN”
2.50 ≤ PURATA INDEKS ≥ 3.50
2= “KURANG MEMUASKAN”
1.50 ≤ PURATA INDEKS ≥ 2.50
1= “TIDAK MEMUASKAN”
0.00 ≤ PURATA INDEKS ≥ 1.50

Jadual 4.2 Kategori Status

Terdapat 30 pelajar yang memberi maklumbalas tentang keselamatan di dalam bengkel ini.  Banyak faktor yang memainkan peranan terhadap keselamatan di dalam bengkel. Maklumbalas ini diambil daripada pelajar kejuruteraan awam yang melakukan amali di dalam bengkel paip.


















No comments:

Post a Comment