AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI
KALANGAN PELAJAR SEMASA MENJALANKAN KERJA AMALI DI BENGKEL KAYU
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK
KOTA BHARU
Fadhlan
Bin Abdul Hadi & Rizalman Bin Ab Rahim
Pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik
Kota Bharu
ABSTRAK
Tujuan
utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepatuhan peraturan keselamatan
bengkel kayu dalam kalangan pelajar semasa menjalankan kerja-kerja amali. Kajian
ini cuba meneroka dimensi iaitu mengetahui sejauh mana amalan keselamatan yang
dipatuhi oleh pelajar ketika berada di dalam bengkel. Kajian yang berbentuk
deskriptif telah dilaksanakan pada sesi pengajian Julai 2010 melibat semua
pelajar yang menggunakan bengkel kayu iaitu pelajar Kejuruteraan Awam di
Politeknik Kota Bharu. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 150 orang
pelajar semester satu dan dua pelajar Kejuruteraan Awam. Soal selidik telah diedarkan
dan data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS serta secara manual.
Setiap dimensi telah diukur dengan kaedah peratusan bagi menentukan tahap kepatuhan
pelajar terhadap peraturan keselamatan di bengkel. Secara keseluruhannya tahap
kepatuhan pelajar adalah tinggi. Bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar
yang berpendapat belum patuh kepada peraturan keselamatan. Dalam memperbaiki
aspek kepatuhan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik sebagai
panduan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil dapatan ini
adalah diharapkan dapat menjadi rujukan bagi semua pihak.
ABSTRACT
The main purpose of
this study was to determine the
extent of compliance with regulations
wood workshop safety of students in the course of practical work.
This study tried
to explore the dimensions of knowing the extent
of safety practices observed
by students while
in the workshop. The descriptive study was
conducted at the study
session in July 2010 involving all the students
who use the
wood workshop Civil
engineering student at the Polytechnic
Kota Bharu. This study
sample consisted of 150 students from semester
one and two
engineering students Civil. The questionnaires were distributed and the data were analyzed
using SPSS program and also manually. Every dimension was calculated by
percentage method in order to determine the obedience level to the safety rule
in the workshop. As an overall the level of the student obedience was very
high. However there were still some students who admitted that they were not
yet fully obeyed the safety rule. In improving the obedience aspects, some
suggestions were provided as guidance to the related parties to overcome the
problems. Hopefully the results will be useful as a reference for all related
parties.
PENDAHULUAN
Peraturan keselamatan bengkel adalah
merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja
amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan
peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan
kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan – peraturan keselamatan
bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini
berlaku. Keselamatan
bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkah laku manusia
atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang
selanjutnya dan mengurangkan kemalangan (Kamus Dewan,1996). Keselamatan bengkel
adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja
amali ketika berada di dalam bengkel ianya hendaklah dititik beratkan bukan
sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja
semasa pelajar berada di dalam bengkel.
Keselamatan di dalam bengkel adalah amat penting bagi mengelakkan sesi
pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan keberkesanannya dan ini
menuntut kerjasama dari pihak pensyarah dan juga pelajar. Kesedaran tentang
amalan keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada pelajar, kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘malang
tidak berbau’ ini memang benar kerana tiada siapa menduga apa yang akan berlaku
di masa hadapan. Maka pelajar-pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk
mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel. Kebiasaannya, pensyarah akan
memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah
kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan. Keselamatan perlu diutamakan oleh pensyarah
kerana sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan bengkel adalah di
bawah tanggungjawab pensyarah tersebut. Bukan itu sahaja, keselamatan bengkel
dan alatan juga perlu dititikberatkan agar tidak dipersalahkan di kemudian
hari. Semasa melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang
perlu diawasi adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja.
Peraturan keselamatan dan undang- undang keselamatan bengkel wajib diketahui,
dipelajari, dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel,
sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera mahupun
kerosakan terhadap alat dan mesin akan dapat dihindari. Mohamad Khan Jamal (2003) daripada
kajiannya menyatakan bahawa hampir 91% kemalangan berlaku disebabkan oleh
kecuaian pekerja, manakala 32% adalah disebabkan oleh mesin, 30% disebabkan
oleh keadaan kerja itu sendiri dan keadaan persekitaran. Antara kecederaan yang
paling kerap berlaku adalah luka – luka kecil, tersepit jari tangan, tercabut
kuku jari tangan, putus jari tangan, dihempap benda jatuh dan patah tangan.
Beliau juga telah menyatakan, jika dibandingkan dengan faktor lain seperti
persekitaran kerja, keadaan kerja itu sendiri dan keadaan peralatan dan mesin,
faktor kecuaian pekerja merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Maka
perhatian serius perlu diberikan supaya kemalangan dan kecederaan dapat
dielakkan ketika pelajar sedang mengendalikan mesin dan penggunaan peralatan tangan.
Menurut Khairul Azhar (2008), Keselamatan di dalam
bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang
atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit
serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di
bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan
emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah
keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri
sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap
persekitaran dan keselamatan harta benda. Selain daripada itu, pelajar-pelajar
perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan langkah
keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kayu. Menurut Crow
dan Crow (1980), guru sepatutnya boleh mengarah, membimbing dan menggerakkan
pelajar untuk membina sikap yang diingini. Semasa melakukan aktiviti atau
bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu diawasi adalah keselamatan
diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Peraturan keselamatan dan
undang-undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari, dan dipatuhi kerana
menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Polisi
keselamtan ialah satu Peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP
secara umum dan boleh digunakan bila-bila masa. Adalah menjadi
kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk
memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa
bekerja semua pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh menyebabkan
majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di
bawah seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat yang
praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
bekerja untuk mereka termasuklah mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem
kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan tentang
langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan
dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara tempat kerja
serta menyediakan keluar dan masuk yang selamat, dan menyediakan persekitaraan
tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti
bising, habuk dan sebagainya. Kewajipan lain majikan dan orang yang bekerja sendiri
adalah menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memastikan orang
lain selain daripada pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya yang dihasilkan
daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain
tentang aktiviti yang dijalankannya, dan memberi maklumat kepada orang lain
berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan
kesihatan orang lain. Daripada tinjauan yang telah dibuat, ternyata belum ada kajian
yang khusus mengenai amalan keselamatan di tempat yang akan dikaji. Kajian yang
akan dibuat menjurus kepada persoalan sejauh manakah polisi Keselamatan di Bengkel Kayu Jabatan
Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu diamalkan dan
dipatuhi sepenuhnya dan mengenal pasti sejauh manakah pelajar-pelajar mematuhi
amalan keselamatan di bengkel kayu semasa menjalankan kerja-kerja.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal
pasti sejauh manakah polisi Keselamatan di Bengkel Kayu Jabatan
Kejuruteraan Awam
Politeknik Kota Bharu diamalkan dan dipatuhi sepenuhnya.
2. Mengenal
pasti sejauh manakah pelajar-pelajar mematuhi amalan keselamatan di bengkel
kayu semasa
menjalankan kerja-kerja amali.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian
ini dilakukan adalah bertujuan meninjau sejauhmana polisi keselamatan
dipratikan dan amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar semasa
menjalankan kerja-kerja amali di bengkel kayu. Dalam kajian ini, tinjauan
dibuat dari segi kepatuhan pensyarah dalam amalan keselamatan semasa sesi amali
dijalankan dan kepatuhan pelajar dalam mengamalkan keselamatan am semasa
menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kayu di Jabatan Kejuruteraan Awam PKB.
SKOP KAJIAN
Dalam
kajian ini, kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar semester satu dan semester
dua yang mengambil modul CC102 dan C2003 dan terlibat dengan bengkel Kayu di
Jabatan Kejuruteraan Awam PKB. Jumlah semua pelajar yang terlibat ialah 150
orang. Masa yang diambil bagi melengkapkan data adalah enam bulan. Kajian ini
menggunakan kaedah borang kaji selidik dan tertumpu di bengkel kayu sahaja.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian
ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan terhadap 150 orang pelajar yang
terlibat dengan amali bengkel kayu bagi subjek modul CC102 dan C2003. Kaedah
soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sejauh mana
pengetahuan amalan polisi keselamatan bengkel dan kepatuhan terhadap
keselamatan tersebut yag dilihat dari segi pengurusan bengkel dan keselamatan
bengkel. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang
digunakan untuk mengisi maklumat peribadi responden. Bahagian B pula terdiri
dari 21 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata yang digunakan untuk mengkaji
aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, Kajian rintis telah
dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan. Menurut Mohamad Majid
Konting (1990), kebolehpercayaan memberi
darjah kekekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Kajian rintis
adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang berhubung dengan pemahaman
dan interpretasi terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik, mendapat
maklum balas untuk memperbaiki item-item dan soalan yang terdapat dalam soal
selidik dan mengetahui jangka masa yang diperlukan untuk menjawab item-item
yang terdapat dalam soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi akan
dianalisis untuk menentukan hasil kajian. Data akan dianalisis dengan
menggunakan kaedah SPSS, versi 13.0. Data yang diperoleh akan dianalisasi menggunakan nilai purata indeks.
No comments:
Post a Comment