BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
PENGENALAN
Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan
yang mempunyai air dimana sumber air diperoleh dari sungai Euphrates, Tigris,
Nil, Wadi, Yang Tze, Ganges. Jika air didapati tidak mencukupi, manusia telah
merekacipta sistem penagiran yang canggih, contohnya di tamadun Inca di
Banjaran Andes. Diantara tahun 1900 – 1995, jumlah pebduduk dunia bertambah 2 kali ganda, tetapi
penggunaan air meningkat sebanyak 6 kali ganda. Pernakah terfikir, adakah air
di dunia mencukupi?. Bagi Negara yang mengalami pembangunan yang pesat, risiko
untuk tidak mencukupi adalah tinggi, ini disebabkan oleh kos untuk mendapatkan
air terlalu mahal dan juga air tercemar. Permukaan bumi diliputi 70% air.
Manakala 20% dari penduduk dunia kekurangan air minuman yang selamat, 50% pula
dari penduduk dunia kekurangan kemudahan sanitasi. Masalah pencemaran air
menyebabkan kematian 25 juta manusia setiap tahun. Air sentiasa bergerak dalam
bentuk wap, cecair dan ais. Bumi adalah sistem yang tertutup, tiada penambahan
dan pengurangan jirim “matter’’. Air
yang didapati adalah melalui kitaran air yang berlaku di seluruh bumi. 97% air
tidak boleh digunakan manusia, Cuma 0.3% yang boleh digunakan. Air tawar per
kapita dianggarkan jtuh dari 7300 meter padu pada tahun 1995 ke 4800 meter padu
menjelang 1995. Ia disebabkan oleh sungai berdekatan, pemendakkan kelodak dan
juga sungai menjadi surut. Malaysia membekalkan 214 juta liter air mentah
sehari ke Singapura, komoditi utama negeri Johor dengan hasil lebih RM 1 juta
setahun.
1.2 PENYATA MASALAH
1.2.1 Isu: Perancangan
Bandar Dan Desa
Tajuk: Sumber Alernatif Perlu Dicari
KERAJAAN disaran mencari sumber air alternatif, termasuk
membangunkan
sumber air bawah tanah, bagi memastikan bekalan air negara terus
mencukupi. Ketua Program Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Wardah Tahir, berkata pembangunan sumber air bawah tanah lebih
menjimatkan, berbanding pembinaan empangan baru. Malah, katanya, pembinaan
empangan juga boleh mencemarkan alam sekitar dan eko sistem sungai.
"Kerajaan boleh mengambil pengalaman negara lain untuk meneroka sumber
air bawah tanah dalam usaha menambah bekalan air berikutan pertambahan
penggunaan air setiap tahun," katanya pada Seminar Air Anugerah Tuhan.
Malaysia, katanya, juga boleh mengambil teknologi penerokaan sumber air
alternatif yang dilaksanakan negara lain seperti Projek Great Man-Made
River di Libya.
Selain itu,
katanya, Malaysia boleh mencuba teknologi penyahmasinan air laut untuk menambah
sumber air negara. Katanya, penyahmasinan air laut dapat mengurangkan
pergantungan kepada air semula jadi, manakala kualitinya lebih baik dan
bekalannya pula berterusan, terutama pada musim kemarau. Wardah berkata,
penuaian air hujan juga adalah satu lagi teknologi baru yang boleh digunakan
untuk menambah bekalan air. Katanya, penuaian air hujan penting untuk
membekalkan air untuk kegunaan rumah dan pertanian, malah kualiti airnya lebih
baik kerana bebas daripada
kandungan garam galian dan mineral.
(sumber berita
harian-17/7/02)
1.2.2
Thursday, June 16, 2005 -
Bekalan Air Bersih di Negeri Kelantan
Laporan Parlimen Kesebelas - 28 April 2005
Ir. Shaari bin
Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua, Usul menangguh mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Dengan
ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini hendaklah
ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu,
berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Saya Ir. Shaari b. Hassan Ahli
Parlimen Tanah Merah memohon mencadangkan bahawa mesyuarat ini hendaklah
ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan satu isu
bekalan air bersih, ketiadaan air yang meruncing di negeri Kelantan khususnya
di kawasan luar bandar yang mengakibatkan penyakit yang berbahaya oleh kerana
air yang tidak bersih.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah perkara tertentu
perlu dibincangkan dan melibatkan 60% rakyat negeri Kelantan yang tidak
menerima air bersih yang sempurna atau tiada langsung bekalan air bersih.
Keadaan ini bertambah meruncing sekarang ini kerana musim kemarau melanda
negeri Kelantan mengakibatkan bekalan air dicatu dan punca-punca air lain
kering kontang. Perkara ini berkepentingan ramai kerana isu ini dijangka akan
bertambah buruk lagi sekiranya kemarau berpanjangan dan punca-punca air seperti
perigi, telaga tiub dan sungai-sungai kering.
Masalah ini juga boleh mengakibatkan kesusahan kepada
keseluruhan rakyat negeri Kelantan seperti pelajar sekolah dan rakyat amnya.
Isu ini sangat perlu diambil perhatian tindakan segera oleh kerajaan kerana
masalah ini juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit yang berpunca dari
penggunaan air yang tidak bersih seperti penyakit demam kepialu, taun dan
lain-lain lagi yang boleh membawa maut. Berdasarkan dari penyataan di atas saya
merasakan usul ini amat penting untuk di bahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Saya yang mencadangkan, terima kasih.
Timbalan Yang
di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang
Berhormat saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan
Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan Tanah Merah pada 26
April 2005 lalu. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang
Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh
Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas
hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi
tiga syarat iaitu bahawa perkara tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan ia
berkehendak di segerakan.
Saya telah meneliti perkara
ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ialah
bagi kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan perkara ini juga perlu
disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini dibahaskan. Mengikut
peraturan mesyuarat 18(3)(b) usul ini hendaklah ditempohkan hingga pukul 4.30
petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan
membenarkan pihak pencadang membahas selama 30 minit dan selepas itu pihak
kerajaan menjawab selama 30 minit.
Sekian.
1.2.3
Apakah masalah-masalah
pengurusan bekalan air dalam sistem yang digunakan sekarang?
Selama ini air dianggap sebagai komponen
yang terpisah daripada alam sekitar sehingga menimbulkan banyak masalah dan
halangan dari segi pengurusan air.
Air sungai misalnya dianggap sebagai sumber alam untuk kegunaan pengairan dan
sumber air mentah bagi loji pemprosesan air bersih. Oleh itu ia dikendalikan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Sementara itu kualiti air sungai pula
diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar, manakala pemprosesan air bersih untuk
kegunaan awam dan industri pula merupakan bidang kuasa Jabatan Bekalan Air.
Kepelbagaian bidang kuasa ini adalah antara
fakor yang merumitkan pengurusan air secara terancang. Maka penyelarasan yang
tersusun perlu dilaksanakan secara berpusat. Selain itu, negeri-negeri yang
kurang mempunyai sumber air sering menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan
pengguna sehingga mengakibatkan krisis air, seperti yang pernah berlaku di
negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor beberapa tahun lalu.
Pengurusan air di bawah program penswastaan
dan perbadanan yang dilaksanakan oleh negeri-negeri masih menerima banyak
rungutan dan tidak memuaskan pengguna, sama ada dari segi mutu perkhidmatan,
kualiti air serta kadar caj yang dikenakan.
1.2.4 Minda Lestari: Kaedah
sesuai urus kualiti sungai mesti dicari
Bersama Prof Dr Zaini Ujang (Berita Harian 4 April 2007)
DISEBABKAN pengurusan air membabitkan
pelbagai agensi, sektor dan kegunaan, maka sering kali berlaku pertindihan
kuasa, kelompangan dari segi peruntukan perundangan, kekangan pembiayaan dan
kesukaran penguatkuasaan secara efektif. Itulah sebabnya selepas berakhir
mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) pada 27 Mac lalu, yang dipengerusikan
sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan turut dihadiri
Timbalan Perdana Menteri, hampir semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta
beberapa menteri, nampaknya lebih banyak isu terbongkar dan dipolemikkan secara
terbuka menerusi media. Isu yang sering berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran
sungai. Dari segi
statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikan
sebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan
sebagai sungai mati.
Ketika ini
sungai adalah sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada 2006 saja, sungai
membekalkan 7,000 juta liter sehari dan dijangka meningkat kepada lebih 16,000
juta liter sehari menjelang 2050. Difahamkan MSAN membincangkan dengan panjang
lebar pelbagai strategi dan kaedah untuk membanteras punca pencemaran sungai.
Antara langkah disyorkan ialah perancangan jangka panjang untuk menyediakan
perkhidmatan pembetungan berpusat di semua kawasan perbandaran untuk mengumpul
dan merawat air sisa sehingga tahap yang diperlukan. Selain itu, strategi
jangka pendek juga dipersetujui untuk mewujudkan sistem pembetungan tidak
berpusat dan sistem rawatan sementara.
1.2.5 Isu berkaitan penguatkuasaan
turut hangat dibincangkan.
Perdana
Menteri mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan program pengurusan
lembangan sungai bersepadu membabitkan semua agensi dan negeri bagi memastikan
sumber air mentah utama negara itu tidak tercemar. Pembanterasan pencemaran
sungai, katanya memerlukan tindakan berterusan jangka pendek dan panjang, iaitu
membabitkan aspek penyediaan infrastruktur, perundangan dan pendidikan.
Beliau
turut mengarahkan Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil tindakan segera
menghentikan pelepasan air sisa, sampah atau sisa industri ke sungai
berhampiran. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir
Toyo dilaporkan pada 31 Mac lalu bahawa syarikat pembetungan nasional, Indah
Water Konsortium (IWK) adalah penyebab utama pencemaran sungai di Selangor.
Pendedahan itu dibuat, seperti laporan sebuah akhbar tempatan, selepas syarikat
terbabit didapati gagal menyediakan perkhidmatan terbaik ekoran pencemaran
kandungan ammonia dan najis berlaku di beberapa sungai di Selangor. Penyebab
lain pencemaran ialah pelepasan air buangan daripada sektor pembinaan, kilang
dan industri, khususnya membabitkan di bahagian hilir sungai.
Mengulas
kenyataan Dr Mohammad Khir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Datuk S Sothinathan, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan dan
berharap fungsi IWK dapat dinilai semula bagi mengatasi masalah berkenaan.
Keupayaan loji rawatan kumbahan IWK yang masih berada pada tahap ‘B’ menjadi
punca rawatan air sisa tidak sempurna. Saya kira isu ini akan terus
berpanjangan dan banyak lagi pendedahan seperti itu. Persoalan pokok ialah
mengenal pasti punca pencemaran iaitu pengaliran air sisa ke sungai sama ada
yang terawat, separa terawat atau langsung tidak terawat. Memang tidak
dinafikan IWK melepaskan air sisa ke sungai, tetapi air sisa yang terawat.
Jumlah loji pula hampir mencecah 8,000 buah di Semenanjung saja (tidak termasuk
Johor Bahru dan Kelantan yang tidak diswastakan kepada IWK).
Namun
demikian, kita tidak seharusnya menyalahkan IWK sepenuhnya dalam hal ini. Dari
segi fungsi, IWK hanya menjalankan dan menyelenggara loji dan kemudahan lain
yang dimiliki kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Ketika direka
bentuk, kebanyakan loji hanya diperlukan mencapai standard B seperti ketetapan
Peraturan Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Industri) 1979. Peraturan itu
mewajibkan setiap loji rawatan kumbahan dan air sisa industri merawat 23
parameter pencemaran. Tahap rawatan itu bergantung kepada kedudukan loji. Jika
loji terletak di hulu muka sauk loji rawatan air, maka tahap rawatannya ialah
mematuhi Standard A. Sementara itu Standard B untuk loji rawatan air sisa yang
terletak di hilir muka sauk. Dalam hal ini ada dua isu yang berbangkit, iaitu:
Apakah 23 parameter itu masih relevan? Sejauhmana pematuhan terhadap Standard A
menjamin sungai tidak tercemar?
Isu pertama membabitkan 23 bahan cemar yang
dikenal pasti sejak 1970-an. Persoalan timbul apakah ada lagi bahan cemar yang
perlu disenaraikan seperti bahan kimia merosakkan endorkin (EDC), sebatian
nitrogen, sebatian fosforus dan ammonia yang mengurangkan kandungan oksigen
dalam sungai? Dari segi perundangan, IWK tidak boleh dipersalahkan jika
kandungan ammonia tinggi dilepaskan ke sungai kerana tidak diperlukan dalam
Peraturan Alam Sekeliling 1979. Hal ini boleh dan mudah diperbetulkan jika
peraturan berkenaan dipinda dengan memasukkan bahan cemar baru. Timbul
persoalan, apakah kerajaan mempunyai biaya yang diperlukan untuk meningkatkan
keupayaan loji sedia ada?
Selain itu, pada hemat saya, inisiatif dan
kaedah baru perlu dimulakan untuk menguruskan kualiti air sungai dalam konteks
kawalan punca pencemaran. Ketika ini kaedah yang diguna pakai dikenali sebagai
pematuhan kualiti efluen yang standard (sama ada A atau B). Kaedah ini sesuai
jika aliran sesebuah sungai besar dan panjang. Kenyataannya, kebanyakan sungai
di Malaysia bersaiz kecil dan pendek. Dalam hal ini kaedah yang lebih sesuai
dikenali sebagai penetapan muatan sisa secara terancang (waste load
allocation), iaitu kandungan efluen loji ditetapkan berdasarkan kepada
kemampuan sesebuah ekosistem sungai untuk menerima kandungan bahan cemar bagi
mengekalkan kualiti air sungai yang diperlukan. Sebagai contoh jika air sungai
berkenaan memerlukan amonia disingkirkan sehingga ke tahap 0.5 mg/l, maka loji
rawatan air sisa perlu direka bentuk mencapai tahap itu.
Memang kaedah ini lebih sukar kerana setiap
loji rawatan air sisa memerlukan reka bentuk tersendiri membabitkan kos tinggi.
Tetapi itulah harga dan tindakan yang diperlukan untuk memastikan kualiti
sungai terpulihara. Ini sesuai dengan kenyataan Perdana Menteri selepas mesyuarat
MSAN bahawa: “Kalau ini dapat diambil tindakan segera bagi seluruh negara, kita
akan dapat kurangkan pencemaran sungai. Tindakan merawat sungai yang rosak akan
memerlukan perbelanjaan begitu besar.”
Penulis ialah
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia
(UTM)
1.3 OBJEKTIF KAJIAN:
1.
Mengenal pasti cara pemprosesan
rawatan air mentah yang dijalankan di kawasan kajian kes.
2.
Mengenal pasti
peralatan-peralatan yang terdapat dalam setiap proses rawatan.
3.
Mengenal pasti kualiti air
sebelum dan selepas dirawat.
1.4
SKOP KAJIAN:
Bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan
tercapai,kami telah menetapkan skop yang difikirkan logik. Skop projek ini
merangkumi;
1.
Kawasan kajian adalah di Loji
Rawatan Air Merbau Condong, Machang Kelantan.
2.
Mengenal pasti kaedah baru yang
digunakan dalam proses rawatan air.
3.
Memastikan supaya terlaksananya
SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)
4.
Mengenal pasti tanggungjawab
syarikat dalam berurusan dengn bekalan air supaya memenuhi parameter-parameter
yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Skop yang kami tetapkan ini akan
memastikan projek ini dilaksanakan dengan
teratur dan yang paling penting dapat mencapai objektif kajian.
No comments:
Post a Comment