Ujian-Ujian
Konkrit Dalam Kejuruteraan Awam
i) Tujuan
Tujuan utama dilakukan ujian terhadap konkrit adalah untuk menentukan kekuatan dan ketahanan konkrit. sebelum melakukan ujian, kita harus mempastikan
sampel-sampel hendaklah diambil dari konkrit yang sedang dituang. Daripada
sampel tersebut ujian-ujian berikut hendaklah dibuat:
1)
Ujian Kekuatan
2)
Ujian Untuk Konsistensi
3.1.
Ujian Kekuatan
Ujian
ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub
ujian hendaklah disediakan. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub
hendaklah diuji pada hari ketujuh dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28.
Keputusan dari ujian-ujian ini akan memberi gambaran bahawa campuran itu
adalah betul. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada kekuatan
konkrit yang telah dibuat.
a)
Cara Membuat Sampel Kiub
Ujian
dibuat menggunakan acuan keluli berukuran 150mm x 150mm. Konkrit dituang
dalam 3 lapisan yang agak sama tebal. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan
sekurang-kurang 35 kali menggunakan bar pemadat sehingga konkrit kelihatan
padat dan sempurna.
Kesemua
kiub akan ditanda dengan jelas tarikh tuangan dan nombor sirinya dengan cat
yang tidak luntur.
Satu
rekod disediakan bagi mengenalpasti tarikh dan nombor siri setiap kiub yang
berkaitan dengan bahagian kerja dari masa kiub tersebut diambil.
b)
Membuat 'curing' pada contoh-contoh kiub.
Kiub
disimpan di dalam acuannya selama 24 jam. Ianya dibuat 'curing' dengan
meletakkan kain guni yang basah atau yang seumpamanya di atas contoh kiub
tersebut. Selepas 24 jam, contoh-contoh kiub itu hendaklah ditanggalkan dari
acuannya. Kemudian dengan segera dimasukkan ke dalam air dan disimpan dalam
air sehingga tiba tarikh ujiannya.
c)
Pengujian Konkrit
Pengujian
dijalankan di Makmal JKR ataupun makmal swasta yang diluluskan. Jika ujian
pada hari ke tujuh tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, Pegawai Penguasa
dikehendaki memberhentikan kerja konkrit sehingga kiub-kiub lebihan yang lain
diuji pada hari ke 28.
Jika
keputusan ujian pada hari ke 28 tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki,
ujian kepada sampel-sampel teras dari bahagian konkrit yang telah keras
hendaklah dijalankan bagi ujian kekuatan. Dan jika sekiranya masih gagal lagi
maka tindakan harus diambil untuk meroboh terus bahagian-bahagian tersebut.
d)
Kekuatan Pengujian
Kekuatan
yang dikehendaki untuk campuran norminal hendaklah seperti mana yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:-
Rujukan : Piawaian British B.S. 1881
3.2.
Ujian Untuk Konsistensi
Semasa
kerja konkrit dijalankan, ujian-ujian upaya kerja (workability) hendaklah
dijalankan dua kali sehari dan ujian tambahan adalah diperlukan apabila bahan-bahan
atau nisbah-nisbah campuran diubah. Ujian yang dijalankan samada ujian
pemendapan atau ujian faktor madat sebagai mana Piawaian British B.S. 1881
|
Sunday, 31 March 2013
UJIAN-UJIAN KONKRIT DALAM KEJURUTERAAN AWAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment