4.3
Untuk Membandingkan JPS Blok Berbanding Kaedah
Lapis Lindung Batu.
4.3.1
Pengenalan
JPS
Blok merupakan kaedah inovasi yang dilaksanakan bagi mengawal hakisan pantai.
Kaedah inovasi ini dapat mengurangkan tenaga ombak dan seterusnya membolehkan
garis pantai dilindungi. Disamping itu, ombak yang membawa endapan pasir ke
pesisiran pantai akan berpeluang untuk menambak secara semulajadi kerana JPS
Blok tidak menggangu proses pengangkutan endapan. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
Inovasi yang dilaksanakan ini
telah berjaya memberikan banyak faedah. Antara faedah-faedahnya ialah dari segi
kreativiti, kos pembinaan, efisien, cara pemasangan, nilai estetik, signifikan,
kos buruh dan penerimaan pengguna. (Ir. Nazri
Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
4.3.2: Perbandingan Diantara Kaedah JPS Blok Dengan
Kaedah Lapis Lindung Batu.
1. Rekabentuk
JPS
Blok merupakan idea asal daripada jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran yang
dicetuskan melalui pemerhatian ditapak tentang tindakan ombak ke atas pantai
serta bagaimana tenaga ombak menyebabkan hakisan. Rekaan JPS Blok lebih menarik
berbanding kaedah Lapis Lindung Batu. Kegunaan JPS Blok adalah sesuai untuk
kawasan rekreasi dan untuk pantai yang mempunyai kelajuan ombak yang sederhana.
JPS Blok juga mempunyai kelemahannya tersendiri iaitu ia akan berlakunya
pergerakan blok apabila dihentam oleh ombak yang kuat. Manakala kaedah Lapis
Lindung Batu pula adalah sesuai untuk pantai yang mempunyai ombak yang besar dan
ia tidak sesuai bagi kawasan rekreasi kerana susunan batuan dapat
menghadkan ruang untuk pengunjung
bersantai. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS
Kota Bharu, 2008).
- Kos
Pembinaan
Kos
pembinaan untuk JPS Blok hanya memerlukan 50% daripada kos pembinaan
menggunakan kaedah yang lain. Kedua-dua kaedah ini lebih banyak menggunakan
mesin dan jentera dalam proses pembinaannya. Bagi JPS Blok pula penggunaan
tenaga buruh banyak diperlukan hanya ketika proses pra-tuang dilakukan. (Ir.
Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
Kaedah Pembinaan
|
Kos
|
Pembinaan Lapis Lindung Batu
|
RM2,000-RM5,200 per meter
|
Pembinaan JPS Blok
|
RM1,100-RM1,200 Per meter
|
(Sumber : JPS Kelantan )
- Nilai Estetik
Nilai estetik JPS Blok adalah
lebih menonjol berbanding lapis lindung batu. JPS Blok dapat mengekalkan
keindahan semulajadi pantai. Selain itu, ia juga kelihatan lebih cantik dan
menarik. Ini kerana susunan JPS Blok lebih kemas dan teratur berbanding
lapis lindung batu.( lihat rajah 4.18
dan 4.19 ). (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
- Signifikan
Hakisan pantai dapat dikawal melalui penggunaan JPS Blok dimana ia dapat
memberikan kesan yang minima terhadap alam sekitar, ini kerana JPS Blok dapat
mengawal hakisan pantai dengan lebih berkesan untuk pantai yang mempunyai
kelajuan ombak yang sederhana. JPS Blok juga hanya memerlukan penggunaan ruang
pantai yang minima untuk faedah penduduk setempat dan juga pengunjung. Secara
tidak langsung, ia juga memberi keselesaan kepada pengunjung. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
3.
Efisien
Pembinaan JPS Blok adalah lebih mudah, cepat dan murah serta boleh
mengubah bentuk pantai yang terhakis mengikut keadaan asal berbanding lapis
lindung batu, ia tidak dapat mengubah keadaan asal pantai. JPS Blok juga dapat
diubah – ubah kedudukannya setelah
didapati hakisan berkurangan
disesuatu tempat yang telah terlebih dahulu dipasang JPS Blok. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
2.
Penerimaan Pengguna
Berdasarkan
soalselidik yang telah kami jalankan didapati peratus penerimaan orang ramai
terhadap penggunaa kaedah ini dalam mengawal hakisan pantai adalah amat
baik.Ini kerana JPS Blok didapati amat berkesan menangani masalah hakisan di
pantai ini.Selain itu ia juga dapat memberikan keselesaan kepada semua pihak.
(Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu,
2008).
7. Kekuatan
JPS
Blok mempunyai kekuatan konkrit sebanyak 2400kg/m2 manakala batuan untuk kaedah Lapis
Lindung Batu pula tidak mempunyai kekuatan yang spesifik. Bagi JPS Blok juga
kekuatannya bergantung kepada aliran ombak samada ufuk ataupun pugak.
Kebiasaanya aliran secara ufuk lebih mempengaruhi JPS Blok tersebut. (Ir.
Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
8. Kebolehkerjaan
Dari segi kebolehkerjaan JPS Blok bergantung kepada dua perkara iaitu
gelombang ombak dan air pasang surut.
JPS Blok hanya boleh menampung ombak yang sederhana sahaja berbanding
dengan Lapis Lindung Batu yang boleh menempung ombak yang besar. Kebolehkerjaan
JPS Blok akan gagal sekiranya menerima ombak yang besar. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).
9 Jangka hayat
Jangka hayat bagi JPS Blok adalah
tidak spesifik kerana ia boleh digunakan sepanjang masa sehinggalah JPS Blok
tersebut tidak mampu menahan ombak. Lapis Lindung Batu juga tidak mempunyai
tempoh jangka hayat tertentu, ia boleh digunakan sehinggalah batuan tersebut
tidak lagi dapat menahan hakisan pantai. (Ir. Nazri Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).