Wednesday, 29 October 2014

KAJIAN KESELAMATAN BENGKEL (ABSTRAK)



ABSTRAK


Kajian amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar semasa menjalankan amali di bengkel paip yang telah dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap kepatuhan pelajar terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel semasa menjalankan amali. Kajian ini dilakukan di jalan di bengkel paip Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan hasil kerja yang selamat semasa melakukan kerja yang dapat memberi keselesaan kepada pelajar ketika didalam bengkel. Langkah ini adalah untuk menghasilkan kualiti yang baik terhadap pelajar ketika didalam bengkel. Melalui kaedah soal selidik dan pemantauan ianya dapat mengetahui  masalah-masalah yang ada di dalam bengkel tersebut. Dengan adanya kajian ini, peraturan dan amalan para pelajar dapat diketahui maklumatnya dan dapat dikenalpasti serta dilakukan penambahbaikan. Hasil kajian dan penulisan ini diharapkan dapat memberi pendedahan yang baik kepada para pelajar tentang pentingnya mematuhi peraturan didalam bengkel dan mengetahui cara-cara penggunaan mesin dengan selamat. Selain itu, ianya salah satu  langkah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku didalam bengkel.

No comments:

Post a Comment