Wednesday, 29 October 2014

SAMB......LANGKAH KERJA PEMBINAAN LABUAN BLOK



1.     Pemerhatian Pra-Pembinaan ( pre-construction survey)


            Pemerhatian pra-pembinaan dilakukan adalah untuk mendapatkan aras siap kerja dan aras pasang surut air. Tujuan pengukuran aras ini diambil adalah untuk menentukan aras yang sesuai untuk pemasangan JPS Blok . Keadah pengukuran yang digunakan ialah kaedah ukur aras dan ukur kompas.  Aras siap kerja bagi penempatan blok trapezium adalah 2.8m dari aras datum (0m). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).


2.     Kerja-kerja Pengorekkan Pasir    


            Setelah mendapatkan aras yang sesuai, kerja-kerja penggorekkan pasir dilakukan. Kedalaman korekan pasir adalah 2.8m. Aras ini mesti sama atau lebih daripada aras datum pantai supaya ombak tidak menenggelamkan blok. Penggorekkan dilakukan menggunakan jentera jengkaut. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).


3.     Kerja-kerja Pemasangan Geotekstil


            Selepas itu, kerja-kerja pemasangan geotekstil dijalankan. Geotektil merupakan satu bahan binaan yang berfungsi untuk menapis pasir daripada keluar bersama air. Ia juga satu fabrik yang tinggi kadar kebolehtelapannya dan juga berupaya untuk menegang dan memberi bentuk pada sesuatu permukaan. Jenis geotekstil yang digunakan bagi pembinaan JPS Blok ini ialah jenis TS 65 (Polyfelt). ( Rujuk rajah 4.2  ). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).

  Rajah 4.2 : Pemasangan Geotekstil

             Jarak hamparan geotektil bagi JPS blok ini adalah sepanjang 640m. Kerja pemasangan geotektil diperlukan sebelum kerja-kerja pemasangan blok dilakukan.
(En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).

 4.     Pemasangan JPS Blok
 
            Kerja penempatan blok dilakukan selepas geotekstil dihamparkan disepanjang kawasan. Kerja-kerja pemasangan JPS Blok dilakukan dengan menggunakan jengkaut (backhole).  Blok yang telah di pra-tuang memerlukan proses pengerasan konkrit selama 28 hari sebelum ia dipasang. Peringkat permulaan, blok segiempat diletakkan di atas geotekstil. Blok segiempat diletakkan sepanjang geotekstil  untuk lapisan pertama dan diikuti dengan lapisan kedua. Dua blok berbentuk kiub digunakan adalah bertujuan untuk mengimbangkan kedudukan atau mengekalkan kedudukan blok jika terdapat ombak besar.

 Rajah 4.3 : Kerja-kerja pemasangan blok segiempat ( lapisan pertama)






 Rajah 4 4: Kerja-kerja pemasangan blok segiempat (lapisan kedua )




Setelah kerja-kerja pemasangan blok segiempat dijalankan, block trapezium kemudiannya diletakkan di atas blok segiempat dengan jarak selisihan sebanyak 300 mm. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008).




 Rajah 4.5 : Kerja-kerja pemasangan blok trapezium ( Lapisan ketiga )




5.   Kerja-Kerja Penempatan Batu Dibelakang Blok Trapezium
             Di belakang blok berbentuk trapezium pula diletakkan batu disepanjang 2m dengan ketinggian 18 inci. Sebelum proses meletakkan batu dilakukan, geotekstil dihamparkan terlebih dahulu. Tujuan batu ini diletakkan adalah untuk mengelakkan hakisan ombak jika terdapat ombak besar yang bergerak melepasi blok trapezium yang mempunyai aras siap setinggi 2.8m. ( Rujuk rajah 4.7 ). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008).




Rajah 4.6 : Kerja penempatan batu dibelakang blok trapezium


            Bancuhan pra-tuang JPS blok adalah menggunakan nisbah 1:2:4. Jenis simen yang digunakan untuk membuat blok ini ialah simen fosforus. Simen ini digunakan dengan tujuan untuk mengekalkan keadaan blok, ini kerana ia dapat  menahan sifat kimia air laut iaitu air masin. Acuan bagi JPS Blok akan dibentuk terlebih dahulu sebelum bancuhan konkrit dimasukkan. (Rujuk rajah 4.8,4.9,4.10,4.11 dan 4.12 ). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008)


            Bagi pembinaan JPS Blok di Pantai Irama ini terdapat dua jenis blok pra-tuang yang digunakan. Jenis blok tersebut adalah jenis kiub (segiempat sama) dan trapezium. Saiz bagi setiap bentuk JPS Blok ini adalah 1m x 1m x 1m bagi blok berbentuk kiub dan 1.5m x 1m x 1.5m bagi blok yang berbentuk trapezium. (Rujuk rajah 4.13 dan 4.14). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008)


            Pada setiap blok yang berbentuk trapezium terdapat bonjol yang direka bagi tujuan untuk menahan pergerakkan ombak. Ia juga berfungsi sebagai pemecah ombak dimana  apabila ombak ini menghentam bonjol tersebut ia akan pecah atau berkecai untuk mengelakkan ombak supaya tidak melepasi blok dan dapat mengurangkan hakisan pantai. (Rujuk rajah 4.15). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008).


 

Selain daripada bonjolan terdapat juga batang paip yang dipasang di setiap blok yang berbentuk trapezium. Terdapat  dua batang paip yang dipasang di setiap blok. Ianya bertujuan untuk mengeluarkan air yang terdapat di belakang blok bagi mengelakkan penurunan pasir yang akan menyebabkan berlakunya hakisan. (Rujuk rajah 4.16 dan 4.17). (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008)



Rajah 4.7 :JPS Blok yang telah siap dipasang



No comments:

Post a Comment