Wednesday, 3 August 2016

KAJIAN KUALITI AIR MENTAH SEBAGAI BEKALAN SUMBER AIR



TAJUK KAJIAN: KAJIAN KUALITI AIR MENTAH SEBAGAI
BEKALAN SUMBER  AIR


BAB 1


PENDAHULUAN


1.1        PENGENALAN KAJIAN
Air adalah sumber yang paling penting dalam ekosistem. Justeru itu matlamat utama pembangunan sumber air adalah untuk mengisi keperluan penggunanya. Oleh itu kita mesti mempunyai sumber air yang mencukupi dan berkualiti tinggi serta di lokasi yang mudah didapati. Air sungai digunakan untuk berbagai tujuan termasuk bekalan air domestik, perindustrian, pengairan, pertanian, laluan dan pengangkutan, perikanan, penjanaan kuasa elektrikhidro dan rekreasi. Oleh itu, kualiti air amat dititikberatkan bagi menjamin kesihatan pengguna. Jika tiada pendekatan bersepadu dilaksanakan, tidak mustahil Malaysia akan menghadapi pencemaran serius pada masa akan dating sekiranya tiada tindakan diambil bagi pencemaran air sungai di Malaysia. Kajian keatas air sungai dari semasa ke semasa adalah amat penting untuk memantau dan menjalankan pengawasan kualiti air sungai daripada kehadiran mikroorganisma yang hadir dalam air sungaitersebut.

Bagi memastikan kualiti air mentah berkualiti dan terjamin akan kebersihannya, beberapa kajian dilakukan bagi memastikan air mentah tersebut selamat digunakan oleh semua pihak, antaranya, menentukan pH air mentah, menentukan tahap kekeruhan dan mengenalpasti kehadiran mikroorganismas eperti E-coli, bacteria, virus, fungi dan protozoa. Setelah kebersihan air dijamin bersih dan terbebas daripada sebarang anasir yang berbahaya dan kerja-kerja peneutralan dilakukan, air tersebut boleh disalurkan kekawasan perumahan.

1.2       PENYATAAN MASALAH

Kajian kualiti air mentah sangat ditiktikberatkan bagi memastikan air sungai tersebut selamat dan sesuai digunakan kerana kualiti air yang tidak bermutu akan memudaratkan atau menjejaskan kesihatan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk memastikan kualiti air mentah (air sungai)  dibekalkan kepada pengguna bebas dari bahan pencemaran dengan membuat penilaian keatas nilai pH, menentukan kekeruhan dan mengenalpasti mikroorganisma yang hadir dalam air sungai tersebut. Makmal Air Kelantan adalah focus utama dalam kajian ini.

Antara permasalahan yang telah dikenalpasti, pertama ialah tahap pH air dimana ianya menentukan tahap keasidan dan kealkalian air tersebut. Permasalahan kedua, menentukan tahap kekeruhan air iaitu ianya akan mempengaruhi rasa, bau, warna dan nilai estika. Ketiga, menentukan kehadiran mikroorganisma yang terdapat dalam air sepert ibakteria, e-coli, protozoa, virus dan fungi yang akan memberi masalah masalah kepada pengguna system bekalan air dengan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

1.3       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang akan dikaji ini adalah merupakan satu kajian menentukan tahap kualiti air di Makmal Air Kelantan. Diantara objektifnya adalah seperti berikut:

        i.            Menentukan nilai pH air
      ii.            Menetukan tahap kekeruhan di dalam air
    iii.            Menetukan kehadiran mikroorganisma seperti coliform dan E-coli di dalam kandungan air

1.4              SKOP KAJIAN

Skop kajian ini merangkumi aspek-aspek berkaitan kualiti air mentah (air sungai). Persampelan air di ambil di Sungai Kelantan dan penumpuan kami di kawasan sungai Kelar. Ujikaji air tersebut dijalankan di Makmal Air Kelantan selama 2 bulan dari bulan Disember2013 hingga Januari 2014. Ujikaji tersebut menentukan nilai pH, tahap kekeruhan dan kehadiran mikroorganisma seperti coliform dan E-coli dalam air.

1.5  KEPENTINGAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini amat penting bagi menilai serta menetukan tahap kualiti air yang akan diolah di Makmal Air Kelantan agar sentiasa mengikut parameter-parameter yang berkaitan air. Dimana kesan-kesan sekiranya air yang telah ditetapkan oleh WHO, air tersebut akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit merbahaya kepada para pengguna yang menggunakan bekalan air yang tidak berkualiti. Disamping itu, melalui kajian ini diharapkan agar kemudahan dapat memenuhi aspek-aspek berkaitan kualiti air agar kesihatan para pengguna terjamin serta dapa tmemenuhi kehendak para pengguna dan penilaian bagi kualiti air akan dapat dinilai dari seg iestetik, fizik, kimia dan biologi air yang digunakan oleh para pengguna.

No comments:

Post a Comment