Sunday 31 March 2013

UJIAN UTAMA DALAM RAWATAN BEKALAN AIR



3.1       KAEDAH KAJIAN

 Kaedah kajian yang dilakukan perlu dipastikan dapat mencapai objektif kajian. Kaedah-kaedah ini akan mengenalpastikan cara pemprosesan rawatan air di loji Merbau Condong, alat yang digunakan dan kualiti air sebelum dan selepas di rawat. Antara kaedah kajian yang akan dijalankan adalah seperti lawatan ke tapak dan membuat pemerhatian masalah. Berikut adalah kaedah-kaedah kajian yang akan dilakukan.


  1. Lawatan ke kawasan kajian

Lawatan ke tempat kajian perlu di lakukan untuk melihat dengan lebih jelas lagi keadaan kawasan kajian. Hipotesis awalan terhadap punca penggunaan air boring dan juga kegunaan penapis pada air boring boleh diperolehi apabila membuat lawatan ke kawasan kajian. Lawatan ini penting supaya kedudukan stesen untuk membuat cerapan parameter air dapat di tentukan.

  1. Temubual

 Pihak-pihak yang telah dipastikan dapat membantu kajian ini akan di temubual oleh pengkaji. Banyak maklumat yang diperlukan dalam kajian ini di perollehi hasil daripada temubual. Temubual akan dilakukan dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Majlis daerah Bachok,Kelantan,pihak pengurusan air Kelantan, pekerja yang bekerja di loji, penduduk kampung, dan pengguna air boring.

 
  1. Ujikaji

 Ujikaji-ujikaji yang di lakukan dalam kajian ini diterangkan dengan lebih terperinci dalam subtopik yang berikutnya. Tedapat dua jenis ujikaji yang dilakukan iaitu ujikaji tapak dan ujikaji di makmal. Dan mengenal pasti bahan yang terdapat dalam alat penapis.

 

  1. Rujukan bahan bacaan dan internet


Kajian ini memerlukan bahan rujukan yang agak banyak. Laporan dan tesis yang di sedia ada, Bukuk-buku mengenai sumber air bawah tanah, mengenai penapis dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan rujukan. Bahan-bahan yang terdapat di internet juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.

 
  1. Kenal pasti masalah

 Masalah dikenalpasti melalui pembacaan dan pemerhatian. Masalah ini dikenal pasti supaya kajian yang dilakukan tidak terpesong daripada objektif awal kajian. Penyelia akan membantu pengkaji dalam mengenal pasti masalah.

3.2       Kaedah-kaedah Untuk Ujikaji Makmal
 
3.2.1        Ujian Balang (Jar Test )
UJian Balang adalah ujian makmal bagi penentuan  dos bahan pengental (koagulan ) yang optima dan parameter-parameter lain untuk menjernihkan air mentah. Untuk ujian ini, flokulator digunakan dan ia mempunyai beberapa stirrer yang mempunyai kelajuan yang berubah-ubah. Air mentah yang diketahui isipadunya diisikan ke dalam baling (bikar kaca) dan bahan pengental (koagulan )iaitu alum, dicampurkan kedalam iar mentah dengan dos yang berubah-ubah.
 Dalam kajian kami keatas Loji Rawatan Air Merbau Chondong, kami juga menjalankan ujian baling bagi mendapatkan dos koagulan yang paling optima bagi menjernihkan air yang dirawat di loji ini.
 3.2.1.2             Peralatan Radas yang terlibat ialah :
  1. Flokulator
  2. Bikar
  3. Corong turas dan kertas turas.
  4. Pipet 100 ml
  5. Peralatan pengukuran ( kekeruhan, pH, klorin)
3.2.1.4             Prosedur kerja Ujian Balang ( jar test )
                    i.            Menyediakan larutan cecair alum dan kapur dengan menimbang 10g alum dan lime untuk dilarutkan dalam 1000 ml air suling.
                  ii.            Mengisi 1000ml air sampel ( raw water ), ke dalam 6 balang secara berasingan.
                iii.            Memasukkan larutan lime ke dalam setiap balang mengikut kepekatan yang berbeza iaitu bermula dari 70, 72, 74, 76, 78, 80 ppm
                iv.            Setkan putaran alat radas ujian balang sebanyak 200 rpm selama 1 minit. Kemudian setkan pula kelajuan alat kepada 70 rpm selama 10 minit.
                 v.            Tutup suis alat dan flok dibiarkan termendap seketika. Jumlah masa pemendapan flok dicatatkan dan bacaan pH diambil.
               vi.            Bacaan pH yang paling sesuai, saiz flock yang besar dan senang termendap serta menjimatkan kos diambil sebagai sampel rujukan dan kemudian kepekatan alum pula divariasikan.
              vii.            Ujian balang diulang dengan menetapkan kepekatan kapur tetapi divariasikan kepekatan alum.
       viii.            Langkah d dan e diulang dan saiz flock, masa pemendapan dan kuantiti flock diperhatiakn.
                ix.            Kemudian bacaan bagi pH, klorin diambil.
                x.            Selepas itu air sampel yang telah termendap dituras dengan menggunakan kertas turas. Bacaan bagi ion dan kekeruhan diambil.



No comments:

Post a Comment