Wednesday 17 April 2013

KAJIAN TENTANG LABUAN BLOCK SEBAGAI ALTERNATIF BAGI PENAHAN HAKISAN PANTAI

KAJIAN TENTANG LABUAN BLOCK
SEBAGAI ALTERNATIF
BAGI PENAHAN HAKISAN PANTAI
 
 
1.1              PERNYATAAN MASALAH
 
Masalah Hakisan Pantai

Pada masa sekarang, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran di kawasan zon pantai . Masalah hakisan pantai merupakan masalah berterusan kerana ia melibatkan proses semula jadi alam sekitar dan kadang kala disebabkan oleh pembangunan yang tidak mematuhi garis panduan.
Kajian Hakisan Pantai Negara telah mendapati bahawa 52 peratus dari pantai di Pantai Timur Semenanjung sedang terhakis, 43 peratus stabil, 1 peratus menambak dan 4 peratus berubah mengikut musim.
 Manakala di Pantai Barat Semenanjung, 50 peratus sedang terhakis, 30 peratus stabil dan 20 peratus menambak. Untuk Malaysia Timur, 18 peratus daripada pantai Sabah sedang terhakis, 11 peratus stabil manakala yang selebihnya masih di dalam pemantauan. Di Sarawak pula, 5 peratus sedang terhakis, 22 peratus stabil, 15 peratus menambak dan selebihnya masih di dalam pemantauan. Dari sepanjang 4,809 kilometer garisan pantai di Malaysia, sepanjang 1400 kilometer (29 peratus) sedang mengalami fenomena hakisan yang terbahagi kepada Kategori I sepanjang 232 kilometer, Kategori II sepanjang 221 kilometer dan Kategori III sepanjang 946 kilometer.Kajian itu juga telah mengkategorikan fenomena hakisan pantai-pantai di Malaysia kepada tiga iaitu :
 
Kategori I : sebagai kritikal di mana hakisan yang alami akan membawa kepada kehilangan harta benda dan nyawa dalam tempoh terdekat
 
Kategori II : sebagai kurang kritikal di mana hakisan yang dialami akan membawa kepada kehilangan harta benda dan nyawa di dalam tempoh 5 hingga 10 tahun jika tiada tindakan diambil
 
Kategori III : sebagai tidak kritikal di mana kawasan yang mengalami hakisan yang Kategori III : sebagai tidak kritikal di mana kawasan yang mengalami hakisan yang belum dibangunkan lagi dijangka tidak akan membawa kesan kepada harta benda dan nyawa
Negeri
Panjang Pantai(km)
Kategori I (km)
Kategori II (km)
Kategori III(km)
Jumlah Panjang Hakisan(km) %
 
 
 
 
 
 
Perlis
20
4.4
3.5
6.4
14.3
71.5
Kedah
148
22.6
2.6
12.4
37.6
25.4
P. Pinang
152
36.7
19.1
1.1
56.9
37.4
Perak
230
25.8
21.3
93.1
140.2
61.0
Selangor
213
55.3
32.9
66.1
154.3
72.4
N. Sembilan
58
2.0
9.6
12.9
24.5
42.2
Melaka
73
9.2
22.1
3.0
34.3
47.0
Johor
492
18.8
53.2
165.7
237.7
48.3
Pahang
271
9.6
2.8
107.8
120.2
44.4
Terengganu
244
20.0
12.8
122.4
155.2
63.6
Kelantan
71
5.0
10.9
37.6
53.5
75.4
WP Labuan
59
1.5
4.0
25.1
30.6
51.9
Sarawak
1035
9.0
22.8
13.7
45.5
4.4
Sabah
1743
12.8
3.5
279.2
295.5
17.0
JUMLAH
4809
232.7
221.1
946.5
1400.3
29.1
Jadual 1.1 Fenomena hakisan di sepanajng perairan Malaysia mengikut kategori hakisan
 
 
 
 
1.1              OBJEKTIF KAJIAN
 Projek ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Objektif-objektif tersebut ialah :
·         Mengetahui kaedah pemasangan Labuan Block di kawasan kajian untuk mengawal hakisan pantai.
·         Menentukan kelebihan Labuan Block berbanding kaedah Lapis lindung batu.
·         Mengetahui kesan-kesan penggunaan Labuan Block terhadap alam sekitar.
1.4       SKOP KAJIAN
Bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai, maka kami telah menetapkan beberapa skop yang merangkumi tentang kajian kami. Skop projek ini adalah :
·         Kawasan kajian kami adalah terletak dikawasan Pantai Irama Bachok Kelantan.
·         Pengumpulan data,maklumat dan bahan kajian daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Bharu (Jabatan Sungai Dan Pantai).
·         Mengenalpasti kaedah baru yang digunakan dalam proses mengurangkan hakisan pantai.
·         Mengenalpasti kualiti Labuan Block dari segi ketahan dan kelasakan serta kelebihannya.
·         Skop yang kami tetapkan ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan yang paling penting dapat mencapai objektif kajian.
 
 
 
 
 
 
  KAEDAH YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL HAKISAN  PANTAI.
 
Badan – badan Kerajaan Malaysia, contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengenal pasti ancaman hakisan pantai kritikal di bawah kategori satu dan berusaha untuk menghalang dan menghadkan faktor – faktor hakisan daripada terus berlaku . Keadaan ini ditunjukkan jelas dalam pelan pengurusan dan Garis Panduan Zon Pantai Kebangsaan (Garis Panduan JPS 1/97,1997 ).Untuk meminimumkan kesan –kesan hakisan pantai, berbagai perlaksanaan yang telah dan akan dilakukan bergantung kepada keperluan semasa .
 Pembinaan struktur – struktur pinggir laut seperti tembok penahan (seawall),lapis lindung (revetment),pemecah ombak (breakwater) dan groin (groyne) berupaya mengubah dinamik pergerakan sediment dan pasir. Seawall boleh menyebabkan pantulan tenaga ombak yang kuat didasarnya menyebabkan sediment dikakinya bergerak jauh darinya atau hilang ke laut. Bagi breakwater dan groin struktur ini menahan pergerakan sediment pada bahagian binaannya dan menyebabkan yang lain mengalami defisit.
 
1)      Pembinaan Tembok Laut
 Pembinaan tembok laut merupakan benteng hakisan yang telap dan timbunan bulder atau batu (gabion) yang diletakkan disepanjang garisan pesisir yang sedang mengalami penghakisan .Tembok laut ini dilakukan supaya binaan ini boleh menyerap tenaga ombak rebut dan bukannya pembalikan.Kelemahan kaedah ini adalah apabila tenaga ombak berpecah disepanjang tembok laut semasa ribut,hakisan yang teruk akan berlaku.Ombak – ombak ini dibalikkan dan mengakibatkan pengautan bahan pantai sehingga terkeluar dari had benteng hakisan.Gabion digunakan sebagai struktur kawalan hakisan pantai dengan menggunakan dawai sangkar besi yang membungkus batu – batu ini dan ianya akan diletakkan dipesisir pantai.Kelemahan kaedah ini ialah ia akan putus apabila terlalu lama terdedah kepada air masin.
 2)      Lapis Lindung Batu (revetment )
Lapis lindung batu dibina sebagai pilihan terakhir  dalam menangani hakisan pantai.Ia adalah pertahanan yang kekal dan pembinaannya menyebabkan ketiadaan ruang untuk pantai rekreasi serta bekerja.
 3)      Tembok Penahan (seawall)
 Tembok konkrit digunakan sebagai struktur penahan hakisan dengan menggunakan bancuhan konkrit.Terdapat dua jenis tembok konkrit yang biasa digunakan iaitu  konkrit padu dan konkrit bertetulang. Konkrit padu ialah konkrit yang tidak menggunakan tetulang manakala konkrit bertetulang pula adalah campuran konkrit dengan tetulang.
4) Penambakan Pantai ( Beach Nourishment )
Kaedah ini melibatkan kerja –kerja pengepaman pasir yang banyak . kaedah ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi , kerana benteng pasir memerlukan gantian setiap lima tahun.Walau bagaimanapun , tempoh benteng pasir (pantai palsu ) boleh bertahan bergantung kepada dinamik,iklim dan laut. Kaedah ini sebenarnya bersifat sementara kerana benteng pasir akan terdedah dengan mudah kepada bahaya  hakisan .kaedah ini memelihara infrastruktur dan pembangunan yang telah ada , serta boleh memelihara ekosistem dan habitat semulajadi. Kaedah ini dapat memelihara ekonomi penduduk serta aspek sosiol politik. Selain dari itu , kaedah ini membenarkan proses pemindahan berlaku secara berperingkat peringkat kerana ia boleh melambatkan tempoh pantai asal dihakis.keburukannya pula selain dari kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi ia boleh mengotorkan air laut, jika bahan penggunaan mengandungi banyak bahan – bahan kimia dan toksik.
 
5)  Beach Management System (BMS)
 BMS juga adalah merupakan sistem yang diperkenalkan untuk mengawal hakisan pantai.Pemasangan kaedah BMS ialah menggunakan paip penapis yang ditanam secara melintang dua meter dibawah permukaan pantai dan selari dengan persisiran pantai.Paip digunakan bagi menghubungkan antara takungan air dan sistem paip.
 
Air tapisan yang dikeluarkan akan disalurkan semula ke dalam laut.Sistem pam berfungsi berdasarkan prinsip penyedutan air secara semulajadi dari permukaan pantai dan ia tidak akan menggangu keadaan semulajadi pantai.Air yang dibawa oleh ombak akan diserap secara graviti ke dalam tanah melalui paip bawah tanah oleh ombak  akan menjadi enapan dan seterusnya akan membantu memanjangkan lagi kawasan pantai yang sedia ada. Panjang dan ketinggian pantai dapat ditentukan berdasarkan  kadar pengepamam air.Menerusi BMS hakisan dapat dikurangkan dengan kaedah melemahkan kuasa ombak yang seterusnya akan mengurangakan aliran air bawah tanah yang menjadi punca hakisan.
6) Benteng Pemecah Ombak
Pemecah ombak berupaya melindungi pelabuhan daripada kesan tindakan ombak yang  kuat dan mungkin boleh menghalang hanyutan bahan pantai di sepanjang pesisir yang berlaku di mana ombak sampai serong dengan garisan pesisir . Pemecah ombak menahan pasir yang dihanyutkan dari utara dan dengan demikian pantai disebelah selatan semakin susut.
 7)  Groin
Merupakan struktur hidraulik yang menonjol ke  laut dari pinggir pantai.Groin dipanjangkan dari hulu pinggir pantai kearah laut pada sudut tegak.Groin bertindak sebagai halangan secara fizikal untuk menyekat pengangkutan endapan pasir dan pengangkutan pesisir daripada kawasan lain . Ia biasanya dibuat dengan kayu,konkrit atau timbunan batu yang besar.
8)      Labuan Block
Labuan block merupakan alternative terkini yang digunakan untuk menahan hakisan. Kaedah ini mula digunakan di Pantai Kiam Siam, Labuan.Kaedah ini juga digunakan di pantai Irama Bachok Kelantan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah ini berbanding dengan kaedah lain. Kami akan jelaskan mengenai alternative ini pada bab seterusnya.
 
 



 
 
 
 
 



3 comments:

  1. Salam. Boleh saya tahu mana sambungan post ni? About Labuan Block. Thank you

    ReplyDelete
  2. En. Fadhlan; sy berminat utk berbincang lebih lanjut ttg pengawalan hakisan pantai jangka panjang di negeri kelantan. Bagaimana utk menghubungi Tuan?

    ReplyDelete