Sunday 23 December 2012

Kajian NRW (Non revenue Water)


1.1       PENDAHULUAN             
 
            NRW (non revenue water ), dalam bahasa melayu air tak berhasil adalah kuantiti air yang dibekalkan tetapi tidak memberikan pulangan hasil. Tahap NRW di negara ini pada umumnya adalah tinggi dan membimbangkan. Selain dari sumber air yang semakin mahal, pembaziran ini mengakibatkan pihak berkuasa hilang kredibiliti dan keyakinan masyarakat. Terdapat anggaran bahawa masalah ini hanya boleh diselesaikan sekiranya peruntukan mencukupi.
 
NRW = Penghasilan – Jualan Air ( permintaan yang bermeterkan )


Air tanpa pulangan ( NRW ) boleh jadi disebabkan oleh kebocoran sistem agihan atau kolam air, paip pecah, air kolam yang melimpah, kegunaan pemadam kebakaran, kecurian air, kerosakan meter air yang kurang sempurna, dan kegunaan mencuci sistem.

NRW perlu diberikan perhatian kerana semua sistem agihan air akan mengalami kebocoran dan ianya tidak ekonomik bagi memasang satu sistem yang betul-betul kedap. Selain itu ia juga disebabkan kos bahan kimia yang tinggi dan peningkatan kos pembangunan bagi sumber – sumber baru, NRW menjadi semakin penting dan ianya perlu dikurangkan seberapa minima yang mungkin.

 

1.2    PENYATAAN MASALAH

      Jabatan Bekalan Air (JBA) adalah salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyelia, mengawal, membekal dan menyediakan perkhidmatan berkaitan pengagihan bekalan.
            Oleh itu, berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh JBA berhubung masalah air tanpa pulangan (NRW). Diantaranya ialah :
                  §      Kerugian yang di tanggung oleh JBA akibat daripada kebocoran sistem perpaipan.

§      Aduan atau rungutan daripada penduduk semasa kerja –kerja pengawalan kebocoran dijalankan.

§      Kekurangan jumlah pengeluaran air dalam satu-satu masa.

 1.3     OBJEKTIF
1.3.1    Mengenalpasti punca-punca kehilangan air tanpa pulangan ( NRW ) di       

            kawasan Kedah Utara, Kedah.

1.3.2           Membuat analisis data kehilangan air tanpa pulangan (NRW) di kawasan 

tersebut.

1.3.3           Mengenalpasti kaedah mengatasi masalah kehilangan air tanpa pulangan yang dilakukan di kawasan kajian oleh pihak JBA Kedah.

 1.4                 SKOP PROJEK

 1.4.1        Bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai, kami telah menetapkan skop yang dirasakan logik. Skop projek ini akan merangkumi :

   Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan NRW di kawasan

Kedah Utara, Kedah.

-          Memecahkan kawasan kepada beberapa bahagian.

-          Kawasan Kedah Utara

·         Pendang

·         Kota Setar

·         Padang Terap

·         Kubang Pasu

- membuat lawatan ke kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat punca-punca kehilangan air.

 Ø  Cara penyelesaian masalah kehilangan air tanpa pulangan di kawasan Kedah Utara, Kedah.

-          Pihak yang terlibat untuk mengatasi masalah ini ialah JKR, JBA dan Kerajaan Negeri Kedah.

-          Mendapatkan data bekalan dan penggunaan air daripada pihak JBA kedah.

-          Mendapatkan data kadar kehilangan air (NRW) daripada pihak JBA Kedah.

-          Membuat analisis data kehilangan air tanpa pulangan.
Ø  Mengenalpasti kaedah  penyelesaian masalah kehilangan air tanpa pulangan dikawasan kajian.

- Rujukan diperolehi daripada pihak berkuasa iaitu JKR dan JBA.

 

 

 

           

 
   

 



            

                                 

 


No comments:

Post a Comment