Sunday 30 December 2012

PROSES RAWATAN AIR


 
1.1                    PENGENALAN

 Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai air dimana sumber air diperoleh dari sungai Euphrates, Tigris, Nil, Wadi, Yang Tze, Ganges. Jika air didapati tidak mencukupi, manusia telah merekacipta sistem penagiran yang canggih, contohnya di tamadun Inca di Banjaran Andes. Diantara tahun 1900 – 1995, jumlah pebduduk  dunia bertambah 2 kali ganda, tetapi penggunaan air meningkat sebanyak 6 kali ganda. Pernakah terfikir, adakah air di dunia mencukupi?. Bagi Negara yang mengalami pembangunan yang pesat, risiko untuk tidak mencukupi adalah tinggi, ini disebabkan oleh kos untuk mendapatkan air terlalu mahal dan juga air tercemar. Permukaan bumi diliputi 70% air. Manakala 20% dari penduduk dunia kekurangan air minuman yang selamat, 50% pula dari penduduk dunia kekurangan kemudahan sanitasi. Masalah pencemaran air menyebabkan kematian 25 juta manusia setiap tahun. Air sentiasa bergerak dalam bentuk wap, cecair dan ais. Bumi adalah sistem yang tertutup, tiada penambahan dan pengurangan jirim “matter’’. Air yang didapati adalah melalui kitaran air yang berlaku di seluruh bumi. 97% air tidak boleh digunakan manusia, Cuma 0.3% yang boleh digunakan. Air tawar per kapita dianggarkan jtuh dari 7300 meter padu pada tahun 1995 ke 4800 meter padu menjelang 1995. Ia disebabkan oleh sungai berdekatan, pemendakkan kelodak dan juga sungai menjadi surut. Malaysia membekalkan 214 juta liter air mentah sehari ke Singapura, komoditi utama negeri Johor dengan hasil lebih RM 1 juta setahun.

1.2       PENYATA MASALAH

 1.2.1    Isu: Perancangan Bandar Dan Desa

Tajuk: Sumber Alernatif Perlu Dicari

 KERAJAAN disaran mencari sumber air alternatif, termasuk membangunkan
sumber air bawah tanah, bagi memastikan bekalan air negara terus
mencukupi. Ketua Program Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Wardah Tahir, berkata pembangunan sumber air bawah tanah lebih
menjimatkan, berbanding pembinaan empangan baru. Malah, katanya, pembinaan empangan juga boleh mencemarkan alam sekitar dan eko sistem sungai.
"Kerajaan boleh mengambil pengalaman negara lain untuk meneroka sumber
air bawah tanah dalam usaha menambah bekalan air berikutan pertambahan
penggunaan air setiap tahun," katanya pada Seminar Air Anugerah Tuhan.
Malaysia, katanya, juga boleh mengambil teknologi penerokaan sumber air
alternatif yang dilaksanakan negara lain seperti Projek Great Man-Made
River di Libya.

 Selain itu, katanya, Malaysia boleh mencuba teknologi penyahmasinan air laut untuk menambah sumber air negara. Katanya, penyahmasinan air laut dapat mengurangkan pergantungan kepada air semula jadi, manakala kualitinya lebih baik dan bekalannya pula berterusan, terutama pada musim kemarau. Wardah berkata, penuaian air hujan juga adalah satu lagi teknologi baru yang boleh digunakan untuk menambah bekalan air. Katanya, penuaian air hujan penting untuk membekalkan air untuk kegunaan rumah dan pertanian, malah kualiti airnya lebih baik kerana bebas daripada
kandungan garam galian dan mineral.

 (sumber berita harian-17/7/02)

 1.2.2        Thursday, June 16, 2005 - Bekalan Air Bersih di Negeri Kelantan

Laporan Parlimen Kesebelas - 28 April 2005

Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Usul menangguh mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Saya Ir. Shaari b. Hassan Ahli Parlimen Tanah Merah memohon mencadangkan bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan satu isu bekalan air bersih, ketiadaan air yang meruncing di negeri Kelantan khususnya di kawasan luar bandar yang mengakibatkan penyakit yang berbahaya oleh kerana air yang tidak bersih.

 Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah perkara tertentu perlu dibincangkan dan melibatkan 60% rakyat negeri Kelantan yang tidak menerima air bersih yang sempurna atau tiada langsung bekalan air bersih. Keadaan ini bertambah meruncing sekarang ini kerana musim kemarau melanda negeri Kelantan mengakibatkan bekalan air dicatu dan punca-punca air lain kering kontang. Perkara ini berkepentingan ramai kerana isu ini dijangka akan bertambah buruk lagi sekiranya kemarau berpanjangan dan punca-punca air seperti perigi, telaga tiub dan sungai-sungai kering.

Masalah ini juga boleh mengakibatkan kesusahan kepada keseluruhan rakyat negeri Kelantan seperti pelajar sekolah dan rakyat amnya. Isu ini sangat perlu diambil perhatian tindakan segera oleh kerajaan kerana masalah ini juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit yang berpunca dari penggunaan air yang tidak bersih seperti penyakit demam kepialu, taun dan lain-lain lagi yang boleh membawa maut. Berdasarkan dari penyataan di atas saya merasakan usul ini amat penting untuk di bahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Saya yang mencadangkan, terima kasih.

 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan Tanah Merah pada 26 April 2005 lalu. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan ia berkehendak di segerakan.

 Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ialah bagi kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini dibahaskan. Mengikut peraturan mesyuarat 18(3)(b) usul ini hendaklah ditempohkan hingga pukul 4.30 petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang membahas selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab selama 30 minit.

Sekian. 

 1.2.3        Apakah masalah-masalah pengurusan bekalan air dalam sistem yang digunakan sekarang?

Selama ini air dianggap sebagai komponen yang terpisah daripada alam sekitar sehingga menimbulkan banyak masalah dan halangan dari segi pengurusan air.
Air sungai misalnya dianggap sebagai sumber alam untuk kegunaan pengairan dan sumber air mentah bagi loji pemprosesan air bersih. Oleh itu ia dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Sementara itu kualiti air sungai pula diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar, manakala pemprosesan air bersih untuk kegunaan awam dan industri pula merupakan bidang kuasa Jabatan Bekalan Air.

Kepelbagaian bidang kuasa ini adalah antara fakor yang merumitkan pengurusan air secara terancang. Maka penyelarasan yang tersusun perlu dilaksanakan secara berpusat. Selain itu, negeri-negeri yang kurang mempunyai sumber air sering menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan pengguna sehingga mengakibatkan krisis air, seperti yang pernah berlaku di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor beberapa tahun lalu.


Pengurusan air di bawah program penswastaan dan perbadanan yang dilaksanakan oleh negeri-negeri masih menerima banyak rungutan dan tidak memuaskan pengguna, sama ada dari segi mutu perkhidmatan, kualiti air serta kadar caj yang dikenakan.

 

1.2.4    Minda Lestari: Kaedah sesuai urus kualiti sungai mesti dicari

Bersama Prof Dr Zaini Ujang (Berita Harian 4 April 2007)

 DISEBABKAN pengurusan air membabitkan pelbagai agensi, sektor dan kegunaan, maka sering kali berlaku pertindihan kuasa, kelompangan dari segi peruntukan perundangan, kekangan pembiayaan dan kesukaran penguatkuasaan secara efektif. Itulah sebabnya selepas berakhir mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) pada 27 Mac lalu, yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, hampir semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta beberapa menteri, nampaknya lebih banyak isu terbongkar dan dipolemikkan secara terbuka menerusi media. Isu yang sering berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran sungai. Dari segi statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikan sebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan sebagai sungai mati.

 Ketika ini sungai adalah sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada 2006 saja, sungai membekalkan 7,000 juta liter sehari dan dijangka meningkat kepada lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Difahamkan MSAN membincangkan dengan panjang lebar pelbagai strategi dan kaedah untuk membanteras punca pencemaran sungai. Antara langkah disyorkan ialah perancangan jangka panjang untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan berpusat di semua kawasan perbandaran untuk mengumpul dan merawat air sisa sehingga tahap yang diperlukan. Selain itu, strategi jangka pendek juga dipersetujui untuk mewujudkan sistem pembetungan tidak berpusat dan sistem rawatan sementara.

1.2.5    Isu berkaitan penguatkuasaan turut hangat dibincangkan.

Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan program pengurusan lembangan sungai bersepadu membabitkan semua agensi dan negeri bagi memastikan sumber air mentah utama negara itu tidak tercemar. Pembanterasan pencemaran sungai, katanya memerlukan tindakan berterusan jangka pendek dan panjang, iaitu membabitkan aspek penyediaan infrastruktur, perundangan dan pendidikan.


Beliau turut mengarahkan Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil tindakan segera menghentikan pelepasan air sisa, sampah atau sisa industri ke sungai berhampiran. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan pada 31 Mac lalu bahawa syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) adalah penyebab utama pencemaran sungai di Selangor. Pendedahan itu dibuat, seperti laporan sebuah akhbar tempatan, selepas syarikat terbabit didapati gagal menyediakan perkhidmatan terbaik ekoran pencemaran kandungan ammonia dan najis berlaku di beberapa sungai di Selangor. Penyebab lain pencemaran ialah pelepasan air buangan daripada sektor pembinaan, kilang dan industri, khususnya membabitkan di bahagian hilir sungai.

 Mengulas kenyataan Dr Mohammad Khir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan dan berharap fungsi IWK dapat dinilai semula bagi mengatasi masalah berkenaan. Keupayaan loji rawatan kumbahan IWK yang masih berada pada tahap ‘B’ menjadi punca rawatan air sisa tidak sempurna. Saya kira isu ini akan terus berpanjangan dan banyak lagi pendedahan seperti itu. Persoalan pokok ialah mengenal pasti punca pencemaran iaitu pengaliran air sisa ke sungai sama ada yang terawat, separa terawat atau langsung tidak terawat. Memang tidak dinafikan IWK melepaskan air sisa ke sungai, tetapi air sisa yang terawat. Jumlah loji pula hampir mencecah 8,000 buah di Semenanjung saja (tidak termasuk Johor Bahru dan Kelantan yang tidak diswastakan kepada IWK).

  Namun demikian, kita tidak seharusnya menyalahkan IWK sepenuhnya dalam hal ini. Dari segi fungsi, IWK hanya menjalankan dan menyelenggara loji dan kemudahan lain yang dimiliki kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Ketika direka bentuk, kebanyakan loji hanya diperlukan mencapai standard B seperti ketetapan Peraturan Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Industri) 1979. Peraturan itu mewajibkan setiap loji rawatan kumbahan dan air sisa industri merawat 23 parameter pencemaran. Tahap rawatan itu bergantung kepada kedudukan loji. Jika loji terletak di hulu muka sauk loji rawatan air, maka tahap rawatannya ialah mematuhi Standard A. Sementara itu Standard B untuk loji rawatan air sisa yang terletak di hilir muka sauk. Dalam hal ini ada dua isu yang berbangkit, iaitu: Apakah 23 parameter itu masih relevan? Sejauhmana pematuhan terhadap Standard A menjamin sungai tidak tercemar?

Isu pertama membabitkan 23 bahan cemar yang dikenal pasti sejak 1970-an. Persoalan timbul apakah ada lagi bahan cemar yang perlu disenaraikan seperti bahan kimia merosakkan endorkin (EDC), sebatian nitrogen, sebatian fosforus dan ammonia yang mengurangkan kandungan oksigen dalam sungai? Dari segi perundangan, IWK tidak boleh dipersalahkan jika kandungan ammonia tinggi dilepaskan ke sungai kerana tidak diperlukan dalam Peraturan Alam Sekeliling 1979. Hal ini boleh dan mudah diperbetulkan jika peraturan berkenaan dipinda dengan memasukkan bahan cemar baru. Timbul persoalan, apakah kerajaan mempunyai biaya yang diperlukan untuk meningkatkan keupayaan loji sedia ada?


Selain itu, pada hemat saya, inisiatif dan kaedah baru perlu dimulakan untuk menguruskan kualiti air sungai dalam konteks kawalan punca pencemaran. Ketika ini kaedah yang diguna pakai dikenali sebagai pematuhan kualiti efluen yang standard (sama ada A atau B). Kaedah ini sesuai jika aliran sesebuah sungai besar dan panjang. Kenyataannya, kebanyakan sungai di Malaysia bersaiz kecil dan pendek. Dalam hal ini kaedah yang lebih sesuai dikenali sebagai penetapan muatan sisa secara terancang (waste load allocation), iaitu kandungan efluen loji ditetapkan berdasarkan kepada kemampuan sesebuah ekosistem sungai untuk menerima kandungan bahan cemar bagi mengekalkan kualiti air sungai yang diperlukan. Sebagai contoh jika air sungai berkenaan memerlukan amonia disingkirkan sehingga ke tahap 0.5 mg/l, maka loji rawatan air sisa perlu direka bentuk mencapai tahap itu.

 Memang kaedah ini lebih sukar kerana setiap loji rawatan air sisa memerlukan reka bentuk tersendiri membabitkan kos tinggi. Tetapi itulah harga dan tindakan yang diperlukan untuk memastikan kualiti sungai terpulihara. Ini sesuai dengan kenyataan Perdana Menteri selepas mesyuarat MSAN bahawa: “Kalau ini dapat diambil tindakan segera bagi seluruh negara, kita akan dapat kurangkan pencemaran sungai. Tindakan merawat sungai yang rosak akan memerlukan perbelanjaan begitu besar.”

Penulis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 
1.3       OBJEKTIF KAJIAN:

 

1.      Mengenal pasti cara pemprosesan rawatan air mentah yang dijalankan di kawasan kajian kes.

2.      Mengenal pasti peralatan-peralatan yang terdapat dalam setiap proses rawatan.

3.      Mengenal pasti kualiti air sebelum dan selepas dirawat.

 

1.4      SKOP KAJIAN:

 Bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai,kami telah menetapkan skop yang difikirkan logik. Skop projek ini merangkumi;

 1.      Kawasan kajian adalah di Loji Rawatan Air Merbau Condong, Machang Kelantan.

2.      Mengenal pasti kaedah baru yang digunakan dalam proses rawatan air.

3.      Memastikan supaya terlaksananya SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)

4.      Mengenal pasti tanggungjawab syarikat dalam berurusan dengn bekalan air supaya memenuhi parameter-parameter yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Skop yang kami tetapkan ini akan memastikan projek ini dilaksanakan dengan   teratur dan yang paling penting dapat mencapai objektif kajian.

1 comment:

  1. Harrah's Lake Tahoe Casino & Resort Tickets - JT Marriott
    Get Harrah's Lake Tahoe Casino 울산광역 출장안마 & Resort venue concert 대전광역 출장샵 and 의왕 출장샵 event schedules, venue information, directions, 청주 출장샵 and seating 평택 출장샵 charts.

    ReplyDelete