Monday 17 December 2012

Pedestrian facilities (Laluan Pejalan Kaki)


ABSTRAK

 

            Laluan pejalan kaki merupakan satu kemudahan yang penting bagi setiap orang awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih selamat dan terjamin.  Oleh sebab itu, laluan pejalan kaki hendaklah memenuhi beberapa ciri-ciri antaranya ialah mempunyai tahap keselamatan yang tinggi, mudah untuk bergerak, mempunyai landskap yang dapat menarik perhatian orang ramai dan bersih.

 

“Kajian Keberkesanan Penggunaan Laluan Pejalan Kaki di Hospital Universiti Sains Malaysia” dijalankan di sekitar laluan tempat letak kereta hingga ke pintu masuk hospital untuk mengetahui perpepsi responden terhadap rekabentuk laluan pejalan kaki yang sedia ada, tahap keselamatan dan keberkesanan penggunaan. Kajian ini dijalankan berdasarkan tahap keselamatan pengguna laluan pejalan kaki dan keselesaan para pengunjung yang datang ke Hospital Universiti Sains Malaysia.

 

            Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pengguna laluan pejalan kaki dan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat. Hasil kajian yang diperolehi daripada perpepsi responden adalah mengenai tahap keselesaan, keberkesanan penggunaan laluan pejalan kaki dan keselamatan.  Di akhir kajian ini didapati rekabentuk laluan pejalan kaki yang sedia ada dan keberkesanan penggunaan masih lagi kurang memuaskan.  Cadangan telah dibuat berdasarkan hasil kajian iaitu dengan memperbaiki dan menambah lagi laluan pejalan kaki bagi memenuhi keselesaan pengguna.

                                               ABSTRACT

 

Pedestrian facilities is important for all people to move from one place to another place with more safe and secure. Therefore, pedestrians must comply with certain features which include a high level of security, easy to move, a landscape that could be attract the attention of the public and the net.

 
“Kajian Keberkesanan Penggunaan Laluan Pejalan Kaki di Hospital Universiti Sains Malaysia”  running around the parking lot route to the entrance of the hospital to find out perception of respondents to design a sidewalk available, the safety and effectiveness of use. The study was conducted on the safety of users of pedestrian walkways and the convenience of the visitors to University Science Malaysia Hospital.

            The study was conducted by distributing questionnaires to guide pedestrians and interviews with the parties involved. The results obtained from respondents perception are about comfort levels, the effective use and pedestrian safety. At the end of this walkway designs available to existing and effective use is still not satisfactory. Proposals have been made based on the results of the repair and add a sidewalk to meet the user comfort.

 

 

1 comment:

  1. Salam.. ada ka cadangan laluan pejalan kaki yang selamat? hehe

    ReplyDelete