Wednesday 29 October 2014

SAMB...Perbandingkan JPS Blok Berbanding Kaedah Lapis Lindung Batu.



4.3            Untuk Membandingkan JPS Blok Berbanding Kaedah Lapis Lindung Batu.


4.3.1        Pengenalan


            JPS Blok merupakan kaedah inovasi yang dilaksanakan bagi mengawal hakisan pantai. Kaedah inovasi ini dapat mengurangkan tenaga ombak dan seterusnya membolehkan garis pantai dilindungi. Disamping itu, ombak yang membawa endapan pasir ke pesisiran pantai akan berpeluang untuk menambak secara semulajadi kerana JPS Blok tidak menggangu proses pengangkutan endapan. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


            Inovasi yang dilaksanakan ini telah berjaya memberikan banyak faedah. Antara faedah-faedahnya ialah dari segi kreativiti, kos pembinaan, efisien, cara pemasangan, nilai estetik, signifikan, kos buruh dan penerimaan pengguna. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


4.3.2: Perbandingan Diantara Kaedah JPS Blok Dengan Kaedah Lapis Lindung Batu.


1. Rekabentuk


            JPS Blok merupakan idea asal daripada jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran yang dicetuskan melalui pemerhatian ditapak tentang tindakan ombak ke atas pantai serta bagaimana tenaga ombak menyebabkan hakisan. Rekaan JPS Blok lebih menarik berbanding kaedah Lapis Lindung Batu. Kegunaan JPS Blok adalah sesuai untuk kawasan rekreasi dan untuk pantai yang mempunyai kelajuan ombak yang sederhana. JPS Blok juga mempunyai kelemahannya tersendiri iaitu ia akan berlakunya pergerakan blok apabila dihentam oleh ombak yang kuat. Manakala kaedah Lapis Lindung Batu pula adalah sesuai untuk pantai yang mempunyai ombak yang besar dan ia tidak sesuai bagi kawasan rekreasi kerana susunan batuan dapat menghadkan  ruang untuk pengunjung bersantai. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).

  1. Kos  Pembinaan


            Kos pembinaan untuk JPS Blok hanya memerlukan 50% daripada kos pembinaan menggunakan kaedah yang lain. Kedua-dua kaedah ini lebih banyak menggunakan mesin dan jentera dalam proses pembinaannya. Bagi JPS Blok pula penggunaan tenaga buruh banyak diperlukan hanya ketika proses pra-tuang dilakukan. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


Kaedah Pembinaan
Kos
Pembinaan Lapis Lindung Batu
RM2,000-RM5,200 per meter
Pembinaan JPS Blok
RM1,100-RM1,200 Per meter
                                                                                           (Sumber : JPS Kelantan )

  1. Nilai Estetik
 

            Nilai estetik  JPS Blok adalah lebih menonjol berbanding lapis lindung batu. JPS Blok dapat mengekalkan keindahan semulajadi pantai. Selain itu, ia juga kelihatan lebih cantik dan menarik. Ini kerana susunan JPS Blok lebih kemas dan teratur berbanding lapis  lindung batu.( lihat rajah 4.18 dan 4.19 ).  (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).

  1. Signifikan


            Hakisan pantai dapat dikawal melalui penggunaan JPS Blok dimana ia dapat memberikan kesan yang minima terhadap alam sekitar, ini kerana JPS Blok dapat mengawal hakisan pantai dengan lebih berkesan untuk pantai yang mempunyai kelajuan ombak yang sederhana. JPS Blok juga hanya memerlukan penggunaan ruang pantai yang minima untuk faedah penduduk setempat dan juga pengunjung. Secara tidak langsung, ia juga memberi keselesaan kepada pengunjung. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


3.                  Efisien


           Pembinaan JPS Blok adalah lebih mudah, cepat dan murah serta boleh mengubah bentuk pantai yang terhakis mengikut keadaan asal berbanding lapis lindung batu, ia tidak dapat mengubah keadaan asal pantai. JPS Blok juga dapat diubah – ubah kedudukannya setelah  didapati  hakisan berkurangan disesuatu tempat yang telah terlebih dahulu dipasang JPS Blok. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


2.                  Penerimaan Pengguna


            Berdasarkan soalselidik yang telah kami jalankan didapati peratus penerimaan orang ramai terhadap penggunaa kaedah ini dalam mengawal hakisan pantai adalah amat baik.Ini kerana JPS Blok didapati amat berkesan menangani masalah hakisan di pantai ini.Selain itu ia juga dapat memberikan keselesaan kepada semua pihak. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


7.         Kekuatan


            JPS Blok mempunyai kekuatan konkrit sebanyak 2400kg/m2  manakala batuan untuk kaedah Lapis Lindung Batu pula tidak mempunyai kekuatan yang spesifik. Bagi JPS Blok juga kekuatannya bergantung kepada aliran ombak samada ufuk ataupun pugak. Kebiasaanya aliran secara ufuk lebih mempengaruhi JPS Blok tersebut. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


8.        Kebolehkerjaan         


          Dari segi kebolehkerjaan JPS Blok bergantung kepada dua perkara iaitu gelombang ombak dan air pasang surut.  JPS Blok hanya boleh menampung ombak yang sederhana sahaja berbanding dengan Lapis Lindung Batu yang boleh menempung ombak yang besar. Kebolehkerjaan JPS Blok akan gagal sekiranya menerima ombak yang besar. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).


9          Jangka hayat


            Jangka hayat bagi  JPS Blok adalah tidak spesifik kerana ia boleh digunakan sepanjang masa sehinggalah JPS Blok tersebut tidak mampu menahan ombak. Lapis Lindung Batu juga tidak mempunyai tempoh jangka hayat tertentu, ia boleh digunakan sehinggalah batuan tersebut tidak lagi dapat menahan hakisan pantai. (Ir. Nazri  Bin Hamzah, JPS Kota Bharu, 2008).

 



 

No comments:

Post a Comment