Wednesday 29 October 2014

SAMBUNGAN....LABUAN BLOK ( KESIMPULAN DAN CADANGAN)



      Kesimpulan dan Cadangan


            Hasil daripada analisa yang kami perolehi didapati kaedah ini paling sesuai digunakan di Pantai Irama Bachok berbanding kaedah konvensional (Lapis Lindung Batu ) dari segi masa pembinaan, kos, rekabentuk, keselesaan, penggunaan ruang, jangka hayat, kekuatan, kebolehkerjaan, nilai estetik,efisien dan signifikan. Selain itu, keadah ini juga dapat mengekalkan keindahan semulajadi pantai dan ia tidak menganggu aktiviti pantai. Kaedah ini juga ada kelemahannya tersendiri iaitu hanya sesuai bagi pantai yang mempunyai kelajuan ombak yang sederhana. Dengan itu, kami berpendapat bahawa kaedah ini boleh dipraktiskan di tempat lain.

  
Bagi pendapat kami, isu hakisan pantai tiada penghujungnya. Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar usaha yang lebih mantap dilakukan untuk mengawal hakisan pantai ini. Semua pihak hendaklah mengambil langkah inisiatif untuk keluar daripada isu ini dan sama – sama memberi pendapat serta berganding bahu bagi mencapai ke arah matlamat pembangunan yang pesat di Malaysia seiring dengan wawasan 2020.


Kenyataan ini berkait rapat dengan Pembangunan Pusat Pelancongan di negara Malaysia khususnya di negeri Kelantan. Bagi mewujudkan pusat pelancongan yang maju, kita perlu adakan sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan yang boleh memikat hati pengunjung .


Cadangan kami ke atas kaedah yang dijalankan sekarang adalah membuat laluan pejalan kaki di bahagian tepi blok trapezium (JPS Blok) untuk memberi kemudahan, keselamatan dan keselesaan kepada para pengunjung ke Pantai Irama Bachok ini. Cadangan terakhir kami adalah supaya pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mencantikkan lagi JPS Blok dengan mengecat blok tersebut. Kami percaya dengan cadangan yang kami cadangkan keadaan pantai akan kelihatan lebih menarik.

No comments:

Post a Comment