Wednesday 29 October 2014

SAMBUNGAN KAJIAN LABUAN BLOK SEBAGAI PENAHAN HAKISAN PANTAI



4.2     Objektif 1 : Untuk Mengetahui Kaedah Pemasangan JPS Blok di Kawasan Kajian.

         Bagi mencapai objektif ini, kami telah menemubual Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sungai Dan Pantai iaitu En Ir.Nazri Bin Hamzah dari (JPS Kota Bharu ) dan Penolong Jurutera iaitu En. Hassan Bin Mat Jusoh dari  (JPS Bachok). Beliau menerangkan tentang kaedah pemasangan JPS Blok yang dijalankan di Pantai Irama yang bermula pada 4 Mac 2007 ini melibatkan fasa pertama dan kedua. Dimana harga kontraknya adalah sebanyak RM 726 140.00. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).

       JPS Blok adalah merupakan blok yang telah di pra-tuang telebih dahulu sebelum ia dipasang  dikawasan yang mengalami hakisan. (Lihat rajah 4.1)




JPS Blok berfungsi untuk menangani hakisan pantai yang sederhana serius. Penggunaan JPS Blok dapat mengekalkan keindahan semulajadi pantai dan juga dapat mengembalikan bentuk pantai kepada keadaan asal. Kaedah ini amat sesuai digunakan dikawasan pelancongan dan seumpamanya. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).
                Kriteria Penggunaan  JPS Blok bagi sesebuah pantai bergantung kepada jenis keadaan ombak, dimana JPS Blok boleh menerima keadaan ombak yang mempunyai kelajuan yang sederhana. Selain itu, JPS  Blok juga sesuai dibina dikawasan pantai yang landai. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).
              Sebelum pembinaan dijalankan kerja-kerja pemerhatian pra-pembinaan dibuat (pre-cont survey). Dibawah menerangkan langkah kerja pembinaan JPS Blok dengan lebih terperinci. (En Hassan Bin Mat Jusoh, JPS Bachok, 2008 ).



No comments:

Post a Comment